Pertamanya tahniah kepada Khairy Jamaluddin (KJ) yang berani berdebat dengan Datuk S.Ambiga semalam bertempat di dewan The Club Bukit Utama Damansara Golf Club dengan tajuk "Electoral Reforms.." Boleh lihat
KLIK SINI untuk menonton rakaman semalam.
Dan jangan lupa kepada mahasiswa agar mendengar debat tentang isu PTPTN antara KJ dan Mohd Rafizi Ramli--Pengarah Strategi PKR bakal berlangsung pada 3 Mei ini.. **Mohon TV1 siarkan secara langsung ye :)
**Pertamanya, ini cuma pandangan/pendapat aku sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin dengan isu yang melanda sekarang..
Isu PTPTN ni hangat sangat.. Bukan perang dalam blog dan facebook je, pak cik yang duduk kat warung kopi pun dok sembang benda yang sama.. Apa sebenarnya PTPTN ni ye?
PTPTN ialah singkatan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 556) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN bertujuan memberi pinjaman kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta. Dalam tahun yang sama juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri manakala Datuk Seri Najib pula menyandang jawatan Menteri Pelajaran dengan memperkenalkan Akta Pelajaran 1996. Nampak tak? Untuk lebih dramatik
KLIK SINI..
Adakah wajar PTPTN itu dihapuskan memandangkan ramai yang menuntut Free Education?
Hapus PTPTN dan Free Education adalah dua perkara berbeza tetapi atas niat yang sama untuk mengurangkan bebanan orang bawahan termasuk aku jugak lah. Aku sokong! Dalam hidup ni semua benda pun pakai duit kan dan kawan aku kata memang takde benda free sampai mati pun sebab kain kapan kita nanti kena beli pakai duit jugak. Walaubagaimanapun, sekiranya PTPTN itu dimansuhkan dan Free Education dilaksanakan, orang yang kaya adalah orang yang paling untung.. Nampak tak? Tapi mampu ke mak bapak kita tanggung kos sewa rumah, makan minum kita nanti kalau PTPTN pun dihapuskan? Free Education mestilah hanya cover yuran pengajian.. Namun ikut logik akal dan melihat kepada ekonomi dekat Malaysia ni, rasanya pemansuhan PTPTN tidak wajar kerana kerajaan tidak akan mampu untuk tanggung kos pembelajaran pelajar di peringkat IPTA. Sekalipun kerajaan terpaksa memberikan Free Education kepada semua pelajar IPTA, makanya kemasukan adalah terhad. Kerajaan konfem akan memastikan hanya pelajar cemerlang SPM yang mampu mendapat tempat di universiti tempatan. Macam biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ianya diberikan kepada yang layak dan tidak semua pelajar dapat menikmati peluang tersebut. Jadi, aku khuatir jugak kalau kalau bukan golongan melayu yang akan memenuhi kuota kemasukan "Universiti--Free Eduction" ni.. Bukan nak bersifat rasis, tapi cuba lihat kepada statistik pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN yang telah convert kepada biasiswa sebab pointer 3.8 ke atas di
SINI. Golongan melayu jatuh di tangga kedua sedangkan kalau lihat kuota penempatan di universiti tempatan sekarang, melayu merupakan yang tertinggi. Nampak tak? Yes, memang betul bukan senang nak score dan dapat "first-class honours" tapi kalau kita berusaha pasti dapat. Bukan dengan cara demonstrasi terpekik terlolong.
Apakah mekanisme terbaik untuk selesaikan masalah PTPTN ni?
Menghapuskan 1% kadar ujrah atau upah kos pentadbiran adalah yang sewajarnya. Kalau dilihat, semasa kadar faedah PTPTN 3% dahulu, takde plak demonstari macam ni kan? Nyata pemikiran mahasiswa dahulu, kalau nak berjaya tu memang kena bersusah susah dahulu.. Kalau dah nama pinjaman tu, kenalah kita bayar balik setelah kita berjaya dan bekerja.. Dan aku rasa PTPTN juga perlu menimbang sedikit cadangan untuk pembayaran balik kepada 50%.. Maksud aku macam loan Mara lah.. Tapi aku tak berapa nak clear pasal benda ni, cuma PTPTN mungkin boleh tiru cara Mara mohon bayaran balik pinjaman. Contoh yang dapat pointer 3.0 ke atas, maybe boleh dikurangkan 30-50% daripada pinjaman dia.. Ini antara penyelesaian yang aku fikir logik jugak dari kasi free education untuk peringkat IPT. Kalau terus hapus PTPTN, jawabnya ramai ibu bapa buat personal loan plak kat bank.. Kalo bank berapa banyak plak interest?
Mengapa Free Education tak boleh dilaksanakan sedangkan Malaysia ada minyak dan maju?
Betul. Tak dinafikan Malaysia sebuah negara maju dan tak jugak aku nafikan Malaysia negara pengeluar minyak tetapi kita tak boleh nak harapkan petroleum yang sedia ada sekarang kerana ia akan habis jugak. Orang kata sumber petroleum ni makin susut sebab itulah GST diperkenalkan.. Tak tahu apa itu GST? Sila google.. Dan sampai bila kita nak bergantung kepada petroleum semata mata? Sekarang pun harga minyak dunia naik dan Malaysia masih mengekalkan harga minyak petrol RON95 dan peningkatan subsidi ditanggung oleh kerajaan. Nak free education? Sudah! Cuma untuk peringkat rendah dan menengah sahaja.. Dulu, ingat lagi tak macam mana nak dapat buku teks? Kemain susah.. Tiap tahun kena isi form. Dan aku dulu masa sekolah tak merasa dapat bantuan pinjaman buku teks sekolah masa form 2,3,4.. Nak kata gaji bapak aku 2K, 3K, memang tak lah! Tapi sekarang tengok.. Semua pelajar menikmati pinjaman buku teks tak kira mak bapak dia gaji besar ke gaji kecik ke.. Sama jugak dengan yuran peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM serta yuran sekolah.. Free! Zaman aku, sampai tingkatan 6 aku sekolah, memang duit bapak aku mengalir di setiap pembayaran yuran sekolah. Kecuali yuran peperiksaan masa aku STPM je merasa sikit free lepas Tun Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri) ketika itu mengumumkan pemansuhan bayaran peperiksaan utama dalam bajet 2007. Aku plak amik STPM tahun 2008.. Untung adik aku menikmati free education sekarang.. Dapat plak RM100 tahun lepas.. Zaman Datuk Seri Anwar jadi Menteri Pelajaran dulu ada tak semua ni? Takde kan? Oh, itu tahun 90-an kan? Korang mesti tak nak tengok sejarah dulu dulu. Syukur aku tak berdemo sebab tak puas hati zaman aku macam macam kena bayar.. So, berbalik kepada masalah menuntut free education untuk peringkat yang lebih tinggi. Seperti yang aku kata kat atas tadilah, nak buat boleh tapi peluang agak terhad. Mansuh yuran di peringkat rendah dan menengah pun memperuntukan banyak wang. Betul, wang rakyat.. PTPTN tu pun wang rakyat jugak.. Aku faham, korang boleh sebut beberapa buah negara yang buat free education tapi kena faham jugak yang tax mereka tinggi.. Kat Malaysia ni bukan ramai sangat gaji RM3000 ke atas kan? Aku sendiri tak kena bayar cukai pendapatan pun.. RM1000 pun tak sampai tapi cukuplah untuk aku tanggung kos belajar aku sebab aku tak pinjam PTPTN.. Bukan tak mahu tapi aku fikir aku masih ada pilihan lain untuk tampung kos belajar dengan bekerja.. Jadi, kalau dah korang bersetuju pinjam PTPTN maknanya korang dah bersetuju nak bayar balik. Nampak tak? Seharusnya tiada pertikaian tentang isu PTPTN ni yang dah 15 tahun wujud dalam negara kita.
Dah tengok habis tak? Kalau belum tak payah nak komen dulu.. Yes, aku faham tentang objektif atau usul yang dorang perjuangkan dalam demonstrasi di atas tapi perlu ke tindakan pada minit 0:56?
Siapa ajar kamu hina nyawa orang hidup macam sembah orang mati ni? siapa ajar kamu kalung bunga hindu dekat gambar PM dan Menteri pelajaran ni? kamu ni dah emosi sangat sampai dah tak tau beza mana betul mana tidak? kamu kata simbolik? bukankah semua ritual agama itu matlamatnya memang simbolik penyembahan? Haa.. Ayat italic tu aku copy dari SINI.. Wah, kemain lantang Adam Adli ni berucap.. Bakal cikgulah katakan.. "Cuba guna hak berfikir sebelum hak miranda.." Erm, ingat tak pasal baucer buku 1Malaysia sebanyak RM200.. Ada jugak yang tak gunakan dengan sebaik mungkin. Pegi tukar ke duit padahal dapat RM180 kurang dari jumlah sebenar baucer. Ni kira subsidi bantuan yang kerajaan hulur jugak ni.. Syukurlah ye~
p/s : Kalau tak puas hati dengan entri ni, sila ke
SINI.. Kot kot lebih faham..
p/ss : Kalau malas nak baca entri panjang, baca komik di
SINI.. Mungkin lebih faham nanti..
p/sss : Kalau rasa nak baca entri dari pelajar Malaysia di luar negara.. Boleh baca
SINI..
p/ssss : Kalau entri
SINI pun ok jugak.. Syabas!