Saturday, April 16, 2011

Kehangatan Pilihanraya DUN Sarawak Ke10 ; Jom Keluar Mengundi


Tak sangka hari ni dah mengundi.. Sebenarnya dalam minggu ni aku nak post entry 'perang banner' kat tempat aku.. Tapi aku kesuntukan masa lah.. Bila kerja tangguh punya tangguh, inilah jadinya.. Hajat tak kesampaian.. Letih je Ahad lepas pegi pusing satu Miri tangkap gambar poster/banner kat highway dan kampung kampung.. Tapi aku sempat jugak mengikuti kempen parti pembangkang 2 kali (DAP).. Kempen Keadilan plak - Anwar dan Azmin ada datang tapi sayangnya, dua dua aku tak dapat hadirkan diri.. :(


Inilah baju yang aku nak pakai masa pergi mengudi tadi.. Tapi tak boleh sebab nanti tak pasal pasal kena balik rumah tukar baju.. "Adalah menjadi satu kesalahan menggunakan baju yang ade lambang mana mana parti.." Jadi aku pakai badges jelah.. Rugi tak, penat orang BN kasi aku..


Sila fokus kat badges ala ala rantai cd 4u2c tu ek.. Hahaha.. Muka aku time ni abaikan jelah.. Balik dari mengundi ni terus amik gambar.. Jakun giler woo first time mengundi.. :)

*Nanti aku update keputusan penuh pilihanraya..

(Nota Hatie : Terima kasih kepada Ima dan Zul yang tanya kenapa blog ni terabai semacam kat fb.. Ya ya ya, aku sibuk berkempen.. Hahahaha.. Takdelah, aku sebenarnya ade exam..)

Thursday, April 07, 2011

Senarai Penuh Calon BN Pilihan DUN Sarawak Ke10

*Sekitar Hari Penamaan Calon N.64 Pujut semalam* Sumber : Facebook YB Andy Chia

N.01 OPAR Ranum Ak Mina (SUPP)

N.02 TASIK BIRU Datuk Peter Nansian Ngusie (SPDP)

N.03 TANJUNG DATU Tan Sri Adenan Satem (PBB)

 
N.04 PANTAI DAMAI Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB)

N.05 DEMAK LAUT Dr Hazland Hipni (PBB)

N.06 TUPONG Datuk Daud Bin Abdul Rahman (PBB)

N.07 SAMARIANG Sharifah Hasidah S.A Ghazali (PBB)

N.08 SATOK Datuk Amar Abg Abd Rahman Zohari (PBB)

 
N.09 PADUNGAN Sim Kiang Shiok (SUPP)

N.10 PENDING Dr Sim Kui Hian (SUPP)

N.11 BATU LINTANG Sih Hua Tong (SUPP)

N.12 KOTA SENTOSA Datuk Alfred Yap (SUPP)

N.13 BATU KAWAH Tan Joo Phoi (SUPP)

N.14 ASA JAYA Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB)

N.15 MUARA TUANG Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (PBB)

N.16 BENGOH Dr Jerip @ Belek Susil (SUPP)

N.17 TARAT Roland Sagah Wee Inn (PBB)

N.18 TEBEDU Datuk Seri Michael Manyin Jawon (PBB)

 
N.19 KEDUP Maclaine Ben @ Martin Ben Anak Michael (PBB)

N.20 SADONG JAYA Aidil Lariwoo (PBB)

N.21 SIMUNJAN Naroden Majais (PBB)

 
N.22 SEBUYAU Julaihi Nerawi (PBB)

 
N.23 LINGGA Simoi Peri (PBB)

N.24 BETING MARO Razaili B.Hj.Gapor (PBB)

N.25 BALAI RINGIN Snowdan Lawan (PRS)

N.26 BUKIT BENGUNAN Mong Dagang (PRS)

 
N.27 SIMANGGANG Datuk Francis Harden (SUPP)

N.28 ENGKILILI Dr Johnical Rayong (SUPP)

 
N.29 BATANG AI Malcom Mussen (PRS)

N.30 SARIBAS Ricky@Mohammad Razi Sitam (PBB)

 
N.31 LAYAR Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Ak Numpang (PBB)

 
N.32 BUKIT SABAN Robert Lawson Chuat Ak Vincent Entering (PBB)

 
N.33 KALAKA Abdul Wahab Bin Aziz (PBB)

 
N.34 KRIAN Datuk Peter Nyarok Ak Entrie (SPDP)

N.35 BELAWAI  Datu Len Talip Salleh (PBB) 

N.36 SEMOP Abdullah Saidol (PBB)

N.37 DARO Murni Suhaili (PBB)

N.38 JEMORENG Abu Seman Jahwie (PBB)

N.39 REPOK Datuk David Teng (SUPP)

 
N.40 MERADONG Ling Lie King (SUPP)

N.41 PAKAN Datuk seri William Mawan Ikom (SPDP)

 
N.42 MELUAN Wong Ak Judat (SPDP)

 
N.43 NGEMAH Alexander Vincent (PRS)

N.44 MACHAN Datuk Gramong Juna (PBB)

N.45 BUKIT ASSEK Chieng Buong Toon (SUPP)

N.46 DUDONG Datuk Tiong Thai King (SUPP)

N.47 BAWANG ASSAN Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP)

 
N.48 PELAWAN Vincent Goh Chung Siong (SUPP)

 
N.49 NANGKA Dr Anuar Rapiee (PBB)

N.50 DALAT Datin Fatimah Abdullah (PBB)

N.51 BALINGIAN Tan Sri Abdul Taib Mahmud (PBB)

N.52 TAMIN Joseph Mauh Ikeh (PRS)

N.53 KAKUS John Sikie Ak Tayai (PRS)

N.54 PELAGUS Stanley Unja (PRS)

 
N.55 KATIBAS Datuk Ambrose Blikau Ak Enturan (PBB)

N.56 BALEH Datuk Seri Dr James Jemut Masing (PRS)

N.57 BELAGA Liwan Lagang (PRS)
N.58 JEPAK Datuk Talip Zulpilip (PBB)

N.59 KIDURONG Henry Ling Kuong Meng (SUPP)

N.60 KEMENA Dr Stephen Rundi Utom (PBB)

N.61 BEKENU Rosey Yunus (incumbent) (SPDP)

N.62 LAMBIR Ripin Lamat (PBB)

N.63 PIASAU Tan Sri George Chan Hong Nam (SUPP)

N.64 PUJUT Andy Chia Chu Fatt (SUPP)

N.65 SENADIN Datuk Lee Kim Shin (SUPP)

 
N.66 MARUDI Sylvester Entri Ak Muran (SPDP)

N.67 TELANG USAN Dennis Ngau (PBB)

 
N.68 BUKIT KOTA Dr Abdul Rahman Bin Ismail (PBB)

N.69 BATU DANAU Paulus@Palu Gumbang (SPDP)

N.70 BA'KELALAN Willie Liau (SPDP)

N.71 BUKIT SARI Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (PBB)
 * PBB = Parti Pesaka Bumiputera, SUPP = Parti Rakyat Bersatu Sarawak, SPDP = Parti Demokratik  Progresif Sarawak, PRS = Parti Rakyat Sarawak

* Sebanyak 19 muka baru diperkenalkan.. PBB 10 orang, SUPP 7 orang, SPDP dan PRS masing masing seorang..

* Pertandingan 6 penjuru adalah yang paling banyak iaitu di N.25 Balai Ringin dan N.57 Belaga.. Tiada kerus menang tanpa bertanding..

* Aku pula mengundi untuk N.64 Pujut dan pertandingan hanya 2 penjuru iaitu dari parti DAP..

Tuesday, April 05, 2011

Alamak! Video 'Panas' Dah Tersebar


Ramai yang dah tahu tentang video seks yang sedang hangat diperkatakan sekarang kan? Semalam pun dah heboh pasal video tersebut yang dah tersebar dalam youtube, blog dan facebook.. Aku tertengok [SiNi] dan sempat print-screen gambar di atas.. Hahaha.. Ini cuma sedutan rakaman video 'panas' yang hanya memakan masa 1 minit 47 saat je.. Video penuh takde ek.. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein turut menegaskan bahawa penyebaran video tersebut tidak akan menjejaskan proses siasatan.. Rakaman video tersebut juga diakui tulen oleh pakar tempatan yang dilantik oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)..