Thursday, June 30, 2011

10 Sebab Tak Perlu Hadir Perhimpunan BERSIH




*10 SEBAB MENGAPA RAKYAT MALAYSIA WAJIB MENJAUHI PERHIMPUNAN BERSIH*

1) BERSIH sebenarnya diadakan dengan mempunyai agenda halus untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada dipenjarakan atas kes liwat. 9 Julai yg dipilih sebagai tarikh BERSIH sebenarnya merupakan tarikh di mana Anwar akan disumbatkan ke dalam Penjara Sg. Buloh. Jadi, pakatan haram cuba mencetuskan huru-hara dengan harapan mereka dapat menjatuhkan kerajaan, seterusnya menyelamatkan Anwar.

2) BERSIH boleh menjerumuskan negara ini ke dalam kancah huru-hara seperti yg berlaku di Mesir dan Libya. Perhimpunan haram tersebut boleh menjejaskan sektor ekonomi negara seperti perniagaan dan pelancongan. Ia juga boleh mencetuskan kesesakan lalulintas, mengancam keselamatan awam dan memburukkan nama Malaysia di mata dunia.

3) BERSIH boleh mengundang campur tangan asing terhadap hal ehwal negara ini. Mengambil contoh seperti apa yg berlaku di Libya, negara asing khususnya yg tidak sefahaman dengan Malaysia sudah pasti akan mengambil kesempatan ini untuk bertindak dari aspek ketenteraan dan sekatan ekonomi jika perhimpunan berlarutan ke tahap pertumpahan berdarah. Akhirnya, negara ini akan dijajah sekali lagi.

4) Masa depan yg gelap bakal menimpa para peserta BERSIH jika ditangkap dan didakwa oleh pihak berkuasa. Jika anda seorang kakitangan awam dan penuntut IPTA, tindakan keras termasuk dipecat/dibuang universiti bakal dikenakan. Adalah tidak berbaloi untuk anda menggadaikan kerjaya anda semata-mata demi mempertahankan seorang pemimpin yg korup moral.

5) BERSIH dicemari oleh anasir-anasir komunis yg dibawa oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). Adalah amat malang khususnya kepada umat Melayu Islam yg sanggup bersengkongkol dengan puak komunis yg anti agama, anti monarki dan berhajat menubuhkan sebuah republik komunis di negara ini.

6) BERSIH didakwa dibiayai oleh agensi luar negara yg mempunyai kaitan dengan Yahudi. Sudah pasti mereka ini memiliki agenda tersirat untuk menjajah negara ini dengan menjadikan puak pakatan haram sebagai proksi. Inilah juga cara yg digunakan oleh puak-puak Yahudi-Zionis untuk menjatuhkan kerajaan sebuah negara Islam, iaitu dengan menaja parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yg memerintah.

7) Khusus untuk org Melayu, BERSIH berkemungkinan besar mencetuskan pertempuran berdarah di antara dua kumpulan Melayu yg bertentangan ideologi. Satu pihak menyokong BERSIH iaitu Melayu pakatan haram, manakala UMNO dan PERKASA menentang BERSIH. Jika 13 Mei 1969 diingati sebagai tragedi berdarah rusuhan kaum, 9 Julai 2011 pula mungkin akan diingati kerana tercetusnya rusuhan berdarah sesama org Melayu.

8) Org Melayu Islam yg dijangka menjadi peserta teramai BERSIH bakal diperkudakan oleh puak-puak kafir seperti Ambiga Sreenevasan, DAP dan komunis PSM untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yg diketuai oleh org Melayu Islam. Puak kafir ini hanya akan memberi arahan saja kepada org Melayu tanpa perlu turun berdemonstrasi. Yang akan mati katak nanti adalah org Melayu juga.

9) BERSIH digunakan oleh puak pakatan haram untuk mengubah struktur negara ini. Jika berjaya, mereka bakal meminda Perlembagaan dengan menghapuskan Perkara 153, memansuhkan sistem beraja di negara ini dan memastikan Kristian diangkat sebagai agama rasmi negara.

10) BERSIH digunakan oleh pakatan haram untuk mengembalikan semula momentum sokongan rakyat kepada mereka. Ia juga dijadikan alat untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap kelemahan mereka mentadbir empat negeri yg ditawan pada 2008 dan ingin menjatuhkan kerajaan BN secara kekerasan selepas menyedari peluang mereka untuk menang pada PRU akan datang adalah tipis.

-Putera.. (Copy+Paste dari group facebook TMX)

p/s : Tak mustahil point no9 itu akan terjadi.. Dan mungkin hak keistimewaan orang Melayu juga turut disingkirkan andaikata 'mereka' berjaya.. Orang Melayu harus bersatu padu bukan berpecah belah.. Jangan jadi alat untuk diperbodohkan oleh orang yang hanya mempunyai agenda tersembunyi.. Tak perlu perhimpunan haram BERSIH,, hantar memorandum sudah cukup.. Baca [SINi] perjuangan anak Melayu sebenar #PapaGomo

46 Komen Orang Bijak:

Boleh ke? said... Reply To This Comment

much more like it... hahah good girl

merahitujambu said... Reply To This Comment

oooOO..baru aku tahu..time ksh...aku sokong patriot!!!yeehaaaa

Mr Rileks said... Reply To This Comment

sokong2!!!

MR. SYAH said... Reply To This Comment

adoi.. pikir yg mana baik utk negara..
;D

Anonymous said... Reply To This Comment

adakah anda pasti dengan kenyataan nombor 6 , 8 , 9 dan 10 ? ada bahan bukti ? lihat dengan mata kepala sendiri ? jangan cuba menyebarkan fitnah kerana fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh . sebelum membuat apa² kenyataan check dahulu kesahihannya . anda tak boleh percaya dengan sebelah pihak sahaja kerana sudah semestinya anda menyokong sesebuah parti sahaja . cuba berfikir atas dasar posiif manusia dan akal yang diberikan Allah . saya memilih untuk komen sebagai anonymous sebab anda tak perlulah tahu siapa saya dan saya cuma ingin anda berfikir dari sudut lain . saya menulis bukan menyebelah mana² parti politik tetapi cuma meminta anda berfikir secara mendalam sebelum melakukan apa² . wasalam :)

Zulfikar Hazri said... Reply To This Comment

aku sokong anti bersih...


Bersih lebih banyak menjahanamkan dari bagi kebaikan..

laknat la si Ambiga tu!!!

Anonymous said... Reply To This Comment

Salam ,adakah anda pasti cerita ini benar sebelum membuat sebaran ? sah2 anda hanya mendengar dari satu pihak sahaja dan memekakkan telinga dari mendengar dari pihak yang lain .

hantar memorandum sahaja sudah cukup? adakah anda pasti dgn menghantar sahaja pihak kerajaan akan dengar? sudah berapa bnyak memo yg sudah dihantar tapi tidak dilayan ? adakah anda tahu ini hanya sebuah perhimpunan ? bukanlah peperangan . anda harus banyak membaca sebelum menyebarkan maklumat palsu .

alangkah indahnya kalao saya punya blog politik :)

Anonymous said... Reply To This Comment

banyak lah kamu punya anti bersih... kan itu cuma berhimpun secara aman dan bersih je.. sekadar nak hantar memorandum pilihanraya nanti ni bersih dari korupsi macam2 pemimpin ameno tu.... asal pilihanraya sanggup buat apa saja utk menang..

sokong BERSIH.. jom lah pakai baju kuning yaa.

org pas yg xska bersih said... Reply To This Comment

bersih tuh tak bersihkan apa pon..nak bersih nama abg nuar ja..
takbir!!!!

YB Raz said... Reply To This Comment

thanks sebab sokong anti bersih..bab anon tu tak payah pikirpun..dia sengaja nak buat ko pening kepala.

ko nak join contest tak? pi usha blog aku hehee

Anonymous said... Reply To This Comment

haha..sekumpulan orang melayu yang ada internet tetapi tak tau guna..satu dunia tahu perdana menteri kita pmebunuh..sedarlah wahai bangsaku..ZULFIKAR saya x kesian kn awk..kesian kt anak bini awk nnti..sush hidup diorg dgn ekonomi yg mcm ni..klu tahu bodoh jgn tunjuk kat sini..amiga tu org hihgly educated..die bukan fikiran sempit macam kau..to blog owner rajin2 kan diri explore..atau korang semua memg suka kena tipu...kah kah kah..gulingkan UMNO turunkan BN..plus atau semua mmg suka sistem yg corupted..kah kah kah..semua cakap takda fakta..ckp main suka..

HARITH ISKANDAR said... Reply To This Comment

aku neutral dlm hal ni..& dlm politik.yg aku perasan dia copy paste aje,jd tak imbul soal fitnah ke tidak.lg pon dia mngajak org brfikir baik& buruk.jika anon ada bukti sebaliknya eloklah kemukakan.itu lbh baik.dia mmg berani sbb letak kat blog ni.lg pon org kenal dia.jadi dia tak kemana2..sbb dia bukan anon.ehe.NO WAR.

Muhd Aizie said... Reply To This Comment

Tieah , tersentak tak kau baca komen anonymouse tu ?

Muhamad Zaki Zafir said... Reply To This Comment

tieah, aku ada soalan psl no 9 tu.dulu siapa yg hapuskan imuniti raja? tlg jwb please. :)

ana said... Reply To This Comment

tak terfikir pun nak join perhimpuann ni...lepak ngan anak2 lg best. nak bersuara cara lain :)

ainz said... Reply To This Comment

Aman dan BERSIH,ke?????perlu ke nak ade kan perhimpunan macam ni? Kalau nak aman sangat,BERSIH sangat..tak salah kalau kepala2 korang ni semua..dok satu meja..berbincang macam mane nak setelkan masalah..budak tadika pon tau,la perhimpunan haram ni menjatuhkan negara..k aman sangat,BERSIH sangat..tak salah kalau kepala2 korang ni semua..dok satu meja..berbincang macam mane nak setelkan masalah..budak tadika pon tau,la perhimpunan haram ni menjatuhkan negara..

Anonymous said... Reply To This Comment

the writer is just Plain stupid!

Anonymous said... Reply To This Comment

dh org kamu
kamu cakap la cam tu
cuba kamu dok tempat pembangkang
lain pulak kamu cakap

aku lebih rela kena tipu dengan bangsa lain
dari kena tipu bangsa sendiri
itu pengkhianatan namanya!!!!

jamal said... Reply To This Comment

tieah aku xsalahkn ko..mgkin ko ade internet tapi xthu ape itu BERSIH...so rajin2 la bukak page ni..http://jeminghassan.blogspot.com/2011/06/apa-itu-bersih.html
http://bm.bersih.org/..bace ea...baru bole kopi paste mne2 artikel..kte idup jgn pndai tuduh2 je..ataupun ikot org len...

Anonymous said... Reply To This Comment

50 tahun... ekonomi melayu ditindas
50 tahun... puak2 pemerintah mengumpul harta kekayaan rakyat
50 tahun... islam masih tidak ditegakkan keseluruhannya
50 tahun... Politik malaysia masih antara yg ter kotor
50 tahun... salah siapakah ???

Lets walk for freedom.. bersihkan malaysia =)

YB Raz said... Reply To This Comment

komen anon ni orang yang tak ada telor..buat tak tahu je kekekeke.

satu lagi, bab imuniti raja..yang mamat tu merepek apahal? dia pernah ke hidup zaman raja feudal?

meh sini aku kasi tahu.sebelum penukaran imuniti raja pada tahun 1993, raja raja melayu masih mengamalkan corak hidup feudal walaupun dorang terikat bawah syarat perlembagaan.

sultan menghabiskan wang negeri, memukul rakyat sesuka hati.sebab itu Tun menukar imuniti raja raja melayu.

sebenarnya imuniti raja melayu masih ada cuma dihadkan sedikit supaya raja tidak bertindak keterlaluan.

kalaulah raja melayu dibenarkan memukul orang sampai hari ni, aku percaya yang terpekik terlolong nak hapuskan intitusi raja melayu nanti adalah orang pas, pkr dan dap juga.

silap silap anwar dan nik aziz tu dah kena pancung dengan raja melayu kalau raja melayu dibenarkan bertindak sesuka hati.

diatas kebijaksaan Tun, intitusi raja melayu dapat dipertahankan sampai hari ni.

so zaki zafir ko tak payahlah persoalkan siapa yang hapuskan imuniti raja melayu. imuniti tu masih ada cuma dihadkan saja.

ko malas nak bukak buku cari fakta, lepas tu ko buat soalan macam ko tu bijaksana sangat.manusia pemalas macam ko ni memang sampah masyarakat.

Muhamad Zaki Zafir said... Reply To This Comment

yb raz, kau pn pernah hidup ke zaman raja feudal? :)

kalau nk diikutkan menghabis wang rkyt, isteri pemerintah yg xde jwtn ape2 dlm k'jaan harini pun dpt peruntukan utk program k'jaan, cthnya permata.knp xdiberi kpd yg memegang portfolio yg sepatutnya ds shahrizat? siap blh menggantikan pm lg utk acara2 rasmi.knp tdk tpm? terpaksalah k'jaan buatkan satu lg division utk isteri pm yg xde jwtn ape2 ni.peruntukan lg tu.rm111 juta wang rkyt trbg utk dia buat permata yg cuma kanak2 terpilih je yg blh msk, bkn semua. :)

bab raja kaki pukul, samseng sungguh ke raja2 ni? dh xde otak ke diorg ni hari2 nk memukul org? saya rasa awk lah yg nk menghina raja skrg ni, mengatakan raja kaki pukul.

i will not call u sampah msyrkt.kita berlainan pendapat, tp aku xkn emosi dan menggelar org lain yg bukan2.so rilek lah k, xyah nak gelar2 org kalau dh geram pun. :)

YB Raz said... Reply To This Comment

zaki: aku tak hidup zaman feudal tapi aku tahu bagaimana suasana hidup dizaman tu.itulah suruh ko baca biku, suruh ko study, ko xnak.

peruntukkan tu untuk program permata..untuk pendidikan awal kanak kanak.memang boleh diletak pada bawah shahrizat tapi idea mulanya daripada Rosmah itu sendiri.

raja samseng raja pukul, itulah yang awak ni suka putar belit.raja sekarang dah tak boleh berbuat sesuka hati sebab imuniti dihadkan.awak tahu ke kes Almarhum sultan sebuah negeri yang memukul orang? sampai jadi kes mahkamah? rasanya masa tu awak ni tak lahir lagi. sebab tu awak tak tahu. cuba awak buka balik buku sejarah. guna internet untuk cari kebenaran bukan cari salah orang lain.

imuniti raja melayu dihadkan selepas ianya dibahaskan di parlimen. dan semua ahli parlimen masa tu termasuk nik aziz dan lim kit siang bersetuju yang kuasa raja melayu dihadkan. so awak tak boleh nak salahkan umno semata mata.

awak nak emosi atau tak, tu awak punya pasallah.

SUARA BEBAS said... Reply To This Comment

sebab apa BERSIH patut diadakan??? nah, bukak link ni...
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=229416653746172&set=a.105697986118040.10342.100000335178263&type=1&theater

lagi satu perkara, kenapa PERKASAM tu buat road block d jmbatan pulau pinang ada permit plak??? bukankah itu lagi yg memburukkan keadaan semata-mata hanya untuk menghalang orang ramai daripada mengikuti BERSIH!!!! misal kata kalau ada orang nak beranak masa tuh, bukan kah seksa kalau x dapat pergi hospital gara-gara NGO umngok tu menghalang jalan??!! jawab!!!!

Anonymous said... Reply To This Comment

bagi aku tak salah kalo nak buat peralihan kuasa..kerajaan tanpa pembangkang sama jge mcm teh tanpa gula...ni bru nak buat pehimpunan ckit..pun dah kecoh...ke takut rahsia 2 "tersembunyi" terbongkar?

Fadzrul Hisyam said... Reply To This Comment

Gelak je dgn org pendek akal konon nak bersih ni... berak sendiri pun terabur, inikan pula nak bising kononnya diorg bersih sangat.

Anon kate ambiga tu highly educated menunjukkan kebodohannya. Nampak sangat ambiga tak guna kecerdikannya dgn betul. Nama sahaja peguam (sepatutnya tahu undang2 n perlembagaan negara), tapi guna cara haram...

sama-samalah juak2 pencacai yang menyokong.

Gelak sahaja...haha

Wal said... Reply To This Comment

Maaf mencelah.
Saya tengok rancak anda berkomen.

Bagi saya, saya memilih untuk melihat kedua-dua situasi seperti Dr Asri, pihak menyokong dan menentang, sebab prinsip saya adalah melihat sesuatu secara kritikal tanpa pengaruh mana-mana bahagian parti politik.

Apa yang dapat saya katakan di sini, ada satu hujahan terhadap Bersih yang nampak berdasarkan emosi dan tidak rasional, iaitu dakwaan mengenai agama Kristian.

Saya rasakan kita tidak perlulah sehinggakan menyentuh perihal Islam-Kristian untuk dipolitikkan. Bukankah kita dilarang memfitnah orang lain jika tiada bukti?

Tentang Bersih, saya tak tahulah nak katakan masih rasional atau tidak. Ini disebabkan, pada awalnya, nampak jelas tujuan asal. Tetapi sekarang nampaknya tenggelam dengan kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Tak dapat dijelaskan sama ada wujud atau tidak pihak yang mengambil kesempatan atas kekecohan sebegini.

Bagi saya, kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang masing-masing ada agenda tersendiri.

Bab berdemonstrasi tu, yang menjadikannya tak tenteram apabila ada golongan-golongan yang 'curi' kesempatan, pecah kereta, rompak di kala orang lain tengah tumpukan perhatian kepada Bersih.

Secara ringkasnya, pasti akan ada yang melaksanakan sesuatu yang tidak baik secara tersembunyi jika Bersih berjalan (misalnya, merompak bank?).

Jujurnya, saya pun tak dapat nak lihat tujuan sebenar kedua-dua pihak. Terpulanglah, dalam masa 2-9 Julai ni, saya fikir ini waktu yang baik untuk pihak-pihak berita melariskan jualan.

Melayu Islam said... Reply To This Comment

ha ha lucu tul dgn Anonymous..amiga tu orang kafir yang kau dok sanjung dia buat apa? aku rasa kau mesti orang malayu> dah tak de orang islam ke kau nak ikut. dlm Quran ada sebut jgn jadikan orang kafir jadi peminpin tak caya,tanya Tok guru Nik Aziz yang korang sayang tu.

Badak Air said... Reply To This Comment

aku lebih rela di tipu oleh bangsa lain dari di tipu bangsa lain ,aku lebih rela malaysia diperintah oleh bangsa lain dari bangsa sendiri, aku lebih rela menjual maruah bangsa asalkan hati ku puas . BODOH punya ayat... contoh mELAYU lupa diri yang menyokong BERSIH

Melayu Islam said... Reply To This Comment

sama sama lah kita mendoakan agar Anonymous tidak ditangkap semasa berhimpun nanti. kalu di tangkap pun harap2 Ambiga akan terus membela nasib anonyms dan anak isterinya maklumlah dah 50 tahun dia hidup menderita di negara sendiri.doakan jua dia berjaya dlm misinya itu. cayalah anonyms ketua yg kau sanjung tu pernah myokong kes murtad lina Joy. melayu boleh!! puaskan hati kau dgn berhimpun secara BERSIH bersama2 mereka yg tak pernah bersyukur menjadi rakyat Malaysia.kau ni patut jadi melayu di selatan thai je baru tau apa itu freedom.

Anonymous said... Reply To This Comment

bodo
bodo
dan bodo
wahai tuan blog..anda masih mentah dalam politik...
papagomo yg anda jadikan rujukan?
hahaha..
bodo
bodo
dan bodo

Islam Adil Untuk Semua said... Reply To This Comment

melayu Islam ang memang bodoh . dah la mendahulukan melayu dari agama Islam . nabi tak pernah mengajar kita berjuang atas semangat perkauman . Rasulullah tak pernah berjuang atas nama mana² bani . Rasulullah berjuang atas nama agama . tu pasal aku tak kesah langsung pasal melayu . Melayu tak menjanjikan aku syurga tapi Islam menjanjikan aku syurga . yang koe kata ayat dalam Al Quran tu cuba bagi aku ayatnya . surah apa ayat keberapa ? setakat taip gitu takyah lerr bukti takde .

dalam perlembagaan malaysia yang digubal oleh umNGOK ada mengatakan yang perhimpunan secara aman adalah hak rakyat . tak salah dilakukan malah polis mesti melindungi mereka . bagi mereka lalu jalan yang mereka tuju . koe tak leh kata tak aman sebab benda niey belum berlaku . kalau himpunan niey dilakukan secara aman koe rasa pelabur akan lari ke ? aku rasa lebih banyak pelabur datang sebab malaysia akan jadi negara pertama dapat melakukan himpunan besar²an secara aman tanpa berlaku pertumpahan darah atau apa² pun .

orang Islam yang menyertai perhimpunan Bersih bukan atas dasar menyokong ambiga tetapi untuk sama² menuntut hak supaya sprm lebih telus dalam menjalankan tugas .

http://www.facebook.com/video/video.php?v=245123072181046&comments

atas niey aku bagi bukti sprm tak telus . macam mana dalam sebuah rumah ada 88 orang pengundi berdaftar ? logik ke ? adakah itu masih dikatakan penipuan ?

fikir²kan lahh bro . guna akan bukan nafsu. fikir habis-habisan bukan atas dasar kemarahan . wasalam :)

HAFIZAL said... Reply To This Comment

biar betul...tapi tahu tak kenapa perhimpunan bersih hendak diadakan..??

Anonymous said... Reply To This Comment

Hmm,kalau macam ni,takkan sudah punya....Islam menganjurkan kita supaya berbincang.....bukannya bermusuhan....itu lebey baik...aku risau ada yang hilang nyawa dalam perhimpunan ini..dan ada yang jadi jarum yang mencucuk.....

Melayu Islam said... Reply To This Comment

Aku bangga bila dilahirkan sebagai orang melayu kerana aku ada tanah pusaka tinggalan nenek moyang ,aku sgt bersyukur di lahirkan sebagai orang islam. dan aku bertuah menjadi Melayu Islam bukan melayu yang tiada agama.( mengaku islam tapi tak tunaikan rukun islam )-solat,puasa dll.
Aku suruh kau tanya Datuk Nik Aziz kau tak nak, tapi takpe le ni ayat nya SURAH AL-MUMTAHINAH(MENGUJI),SURAH INI MGANNDUNGI 13 AYAT.LARANGAN ITU DALAM AYAT PERTAMA.
Aku diajar sebagai orang islam dgn penuh peribadi muslim, aku diajar agar mencontohi Nabiku dalam berkata2. Aku XBLEH sukahati je kata orang bodoh. bodoh tu biasanya perkataan melayu. kau bangsa apa?
Dalam AlQuran ada tulis(Tanya Datuk Nik Aziz)kita mesti mentaati pemimpin kalau pemimpin itu tidak zalim, kalu tak berdosa. Yang DiPertuan Agong suruh batalkan perhimpunan Bersih ni so batal je le.takyah byk bunyi. suka ati je kata orang Ngok. ni le cth melayu yg akan mengadaikan tanah air bangsa demi kepuasan sendiri.

Badak Air said... Reply To This Comment

Jarum yang mencucuk sapa lagi kalu bukan negara jiran yang dengki dgn kemakmuran negara. Orang yang menyokong bersih ni nampaknya beremosi sgt2 suka ati je menghina org bodo22222... sure ke perhimpunan tu bleh aman kalu inilah sifat2 mereka.

dzulhaq dimin said... Reply To This Comment

ayah saya kate,,JIka Isu ni Berterusan..Boleh dijangkakanPBB Atau Amerika akan Cmpur tgn..Dn Takot jek Jadi Macam Pakistan,Dan Afganistan..ish..tknk lah.

Anonymous said... Reply To This Comment

jom cipta sejarah dgn join bersih... pandai la korg buat spekulasi tntang bersih..pdhal bersih x berlangsung lg..klakarla..knp perlu berhimpun?? sebab klu serah memorandum je,bile la krajaan Najib nk dengar.. Ak nk tnyela kat penyokong Najib ni.. kenape Najib takut utk berdebat dgn Anwar?? biar rakyat tau sape yg layak memerintah Mesia ni... mcm2 kpincangan skang ni.. contoh mudah pasal royalti minyak..jawab jgn x jawab.. hehe

A i n n u r A f i f f a h said... Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
jihad jalan kami said... Reply To This Comment

sori lerr budak pompuan sebelum niey yang komen . itu komen aku . aku tolong dia masukkan header untuk dia sebab dia tak tau pastu lupa sign out . HAHAHAHAHA ! sori² ! Sumpah aku niey lelaki bukan pompuan . jangan nak serang budak tu . dia tak bersalah . tuan punya blog saya mintak jasa baik tolong delete atau spam komen tu sebab budak niey takda kena mengena dengan hal politikk yang dibincangkan disini . ini salah aku jangan babitkan dia. penulis blog sebagai seorang perempuan mesti memahami perassan perempuan lain kann ? :)

Anonymous said... Reply To This Comment

korang rse betul ke apa yg krjaan buat utk kter semua? aq sokong bersih..korang xleh dgr 1 pihak je...xkn org islam sndri nk jhnamkn ngra sndri..pkir la jauh2..

Anonymous said... Reply To This Comment

apepun agendanya....aku tak berminat dengan demostrasi...ianya hanya salah satu bentuk mencari pendspatan kecil di samping populariti murahan...biasanya yang nampak beria-ia ialah pelajar universiti yang makan pinjaman PTPTN tu. Aku penah masuk U dan aku tau sangat jiwa remaja yang selalu buat sesuatu dengan tidak memikirkan risiko...yang akan menanggung malu nati ialah ibu ayah yang sentiasa mendoakan kebahgiaan anak tapi malangnya anak mereka tidak memikirkan pengorbanan ibu bapa

Anonymous said... Reply To This Comment

adik sebelum tulis entry ni baik adik study betul2 dulu kesahihan ni ek...

biarlah bersih dipandang jahat oleh golongan umno skrang kerana buat perhimpunan...namun aku tetap menyokong asalkan demo2 macam ni dapat menyedarkan golongan2 pemimpin yang terlebih banyak sudah dengan pelbagai kelentong dan salah guna kuasa...percayalah...

~bekas pegawai kerajaan di kementerian......., Putrajaya

Anonymous said... Reply To This Comment

korang nak gaduh buat apa?
bersih tu bersih sangat ke?
bersih tu perhimpunan haram..kalau ambiga yang korang sanjung sangat tu,yang tu highly educated sangat tu org yang bijak,dia xbuat semua ni.dalam perlembagaan dah tertulis.mana2 perhimpunan yang xdapat permit,menyalahi undang2.prinsip rukun negara ke 3 & 4.keluhuran perlembagaan & kedaulatan undang2.dorang xamalkan pun prinsip ni.so bersih tu bersih ke?
ko pikir la sendiri..nak hantar memorandum ape?ko tak tengok berita ke?yang dorg pgi istana negara,nak bagi memorandum kat sultan tu,yang dorg dibenarkan guna jalan blakang..apesal xnak bagi time tu je?nak jugak buat perhimpunan tu.sultan dah bertitah,jangan ikut bersih.jangan join.korang sokong gak.kesetiaan kpada raja dan negara.mna pegi setia korang?
korang lebih setia kat ambiga.

*********

what im trying to say is,kalau xpuas hati pun,buat dengan saluran yang betul.jangan buat melulu..lantak korang la nak support ambiga ke,chin peng ke,aku tak kisah.tapi kalau korang nak hancurkan negara ni ngan perhimpunan mcm tu,aku xsetuju.PRU ada..korang bising2 pun,marah author ke,marah kerajaan ke,nak tuka kerajaan ke,kalau stakat in words,baik xyah..korang buat la dengan simbol pangkah.kat PILIHANRAYA.korang pilih la pemimpin korang.kalau orang melayu yang sokong ambiga yang jugak merupakan sorg peguam yang highly educated yang membantu lina joy dalam kes murtad nya,korang nak dia jadi pemimpin,lantak la..tapi peringatan pada korang..selama ni dorang mintak kesaksamaan untuk setiap kaum..bila dorg dapat korum yang cukup,hilang la 153..time tu,kalau korang nak cakap apa pun xguna..tuan rumah dah jadi macam pendatang kat rumah sendiri..time tu korang perjuangkan la balik kemerdekaan melayu..malaysia tetap merdeka..melayu?who knows..renungan bagi kaum kita..

maaf ya author..mencelah sket..hee^^

Anonymous said... Reply To This Comment

hahahah....BALACI....ada internet tak nak guna....tengok le tv 3 suku kau tu..baca le surat kabo kau tu...telan le bulat bulat...hahahah...balaci...balaci,,

d_tieah said... Reply To This Comment

@Anonymous

Ikut sukalah saya tengok tv3 sekalipun.. Saya tetap baca harakah daily.. Saya tahu BN pun memang tak sempurna mana tapi tetap jugak lebih baik dari PR.. Kalau nak sebut pasal kezaliman memang mudah lah.. Try tengok dulu kalo awak jadi pemimpin.. Selagi saya rasa tak hidup merempat kat negara sendiri, itu dah kira baiklah.. Pemimpin yang zalim neraka jawabnya.. So, baik kita fikir diri kita sendiri.. Entah2 jadi pemimpin keluarga pun kita gagal..