Ketika ditahan, semua anggota kumpulan itu sedang memakai baju yang mempunyai cetakan gambar ketua ketua Komunis seperti Chin Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin..
Pihak Polis yakin bahawa kumpulan ini adalah sebahagian daripada satu skema yang lebih besar yang wujud di dalam negara pada ketika ini..
Dan kemungkinan penganjuran perhimpuan BERSIH 2.0 itu juga adalah di antara perancangan yang diaturkan oleh mereka secara subversif untuk menghuru-harakan keadaan..
Itu kisah sebenarnya menurut pihak polis.. [KLiK SiNi] untuk baca berita penuh
Tiga puluh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSMI) yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua semalam, ditahan reman mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong..
Aktivis tersebut menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah" yang dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya..
Bernama melaporkan Abdul Rahim berkata, siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis PSM yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua itu cuba untuk menghidupkan semula fahaman komunis..
Lagi berita selanjutnya [KLiK SiNi]
Pada penghujung tahun 2009 rasanya heboh tentang isu Chin Peng ingin balik semula ke Malaysia dan ternyata kerajaan menentang sekeras kerasnya.. Syabas! Namun, terdapat juga sekelompok rakyat Malaysia yang membantah pihak kerajaan kerana ingin Chin Peng kembali ke tanah air kita.. Kalau fikir logik akal, bagaimana kita boleh bawa masuk orang yang pernah jajah negara kita serta melakukan pembunuhan beramai ramai di Balai Bukit Polis Bukit Kepung suatu masa dahulu??? Dan sekarang, timbul pula isu untuk menghidupkan kembali fahaman komunis! Demmm.. Serius, aku tak faham! Tak faham sebab kita hidup dalam negara yang berdemokrasi, kenapa perlu untuk mengamalkan sistem komunisme??? Kalau betul betul tak puas hati dengan sistem piliharaya ke ape ke, tunggu PRU akan datang.. Bertanding lah dengan cara yang bersih! Tak perlu perhimpunan BERSIH 2.0..! Baik atur strategi untuk menang bertanding! Erm.. Hairan betul lah aku bila mana orang melayu sibuk jugak nak join perhimpunan BERSIH 2.0.. Aku cadangkan baca buku 13 Mei Sebelum dan Selepas tulisan Tunku Abdul Rahman.. Aku jumpa buku ni kat perpustakaan masa nak buat assigment pengantar sejarah masa tahun pertama.. Buku ni sangat elok dan apa yang tertulis dalam buku teks sejarah masa sekolah mungkin agak terhad.. Jadi, fahami betul betul buku ni dan tengok keadaan sekarang macam mana!
p/s : Memang ada belia berusia 20-an yang mungkin ketawa melihat aku suka cerita perihal politik tapi hakikatnya aku bukanlah hebat sangat untuk bercerita mengenainya! Aku cuma ingin berikan sedikit pandangan cetek aku tentang sesuatu isu.. Yayaya, ade yang kata tak guna dan tak nak ambil port pun pasal politik ni, tapi kita kena ingat wahai pemuda pemudi.. Bahawasanya satu hari nanti kita lah yang bakal memerintah negara.. :)
24 Komen Orang Bijak:
Benda-benda ni buatkan ISA masih relevan.
amat betul tu!!! hahaha
apa nk jadi laa...ermmm...lepas satu.. satu...
dulu aku pn ada mentaliti mls nk amek tau psl politik..hakikatnya aku pun harapkan pemimpin paham perihal rakyat..klu xamek tahu mcm mana nk undi pemimpin yg bagus?? =)
dorg yg cbok nk bangkang keputusan kerajaan ni mesti xpernah blaja sejarah mesia dulu..aku pn tak setuju chin peng dtg mesia..dtg utk mkn angin pon aku xsetuju..kita bako je! bahaha~
ISA sentiasa releven.cuma orang yang melakukan kejahatan saja yang mahukan ISA dihapuskan.
anasir komunis sudah ditiup oleh DAP dan PSMI kepada rakyat Malaysia.sekarang hanya menanti masa untuk 13 mei berulang.
orang sabah sarawak mungkin tak kena kesan ni tapi aku di semenanjung perlu bersedia dari sekarang.
semangat ah kau. >.<
ye betul tu...pemuda pemudi bakal memerintah negara...kena amik tau...
tp yg ni macam takda kena mengena ngan bersih la...bersih tu mcm perhimpunan lain je...
aku benci gila politik tapi aku sokong perhimunan bersih dan aku percaya bersih tak ada kna mengena dgn komunisme jadah tuh . agenda nih weyh agenda politik . kita tak boleh percaya dgn sebelah pihak sja :) chill .
*serious aku percaya ni taktik kotor politik .walaopon aku bukanlah org yg kuat politik !
ingt2 lg pasal isu dulu diorg nk bw
masuk chin peng tu..
tp bg ain..tak patut lah dia dtg negara kita..takot akan dijajahi semula..huhhh
hairan bertambah pelik bila ada rakyat malaysia yang menyokong komunisme sehingga nak bawa chin peng tu balik..
Yb Raz,
Apa kaitan 13 mei dengan komunis. 13 mei umno yang jadi punca, umno parti melayu masa tu. ok, cuba ko bagitau sikit apebenda fahaman komunis yang ko cakap tu? pkm ada 2 sayap, politik dan bersenjata. dalam pkm, beberapa kaum bersatu, termasuk kaum orang asal (asli) berjuang untuk kemerdekaan.
*Miss Syahnia*
Miss, bila masa komunis jajah tanah melayu? Bila? Sapa ajar? Buku teks? Yg jajah tanah melayu british dengan jepun je.. Berapa ramai rakyat mati pasal nak halau british dengan jepun. Kalau dato' bahaman berjuang masa lawan british, generasi seterusnya, abdullah c.d, rashid maidin, chinpeng berjuang untuk apa? Berjuang nak pergi melancong makan angin belanja duit rakyat.?umno yang jadi punca, umno parti melayu masa tu. ok, cuba ko bagitau sikit apebenda fahaman komunis yang ko cakap tu? pkm ada 2 sayap, politik dan bersenjata. dalam pkm, beberapa kaum bersatu, termasuk kaum orang asal (asli) berjuang untuk kemerdekaan.
*Miss Syahnia*
Miss, bila masa komunis jajah tanah melayu? Bila? Sapa ajar? Buku teks? Yg jajah tanah melayu british dengan jepun je.. Berapa ramai rakyat mati pasal nak halau british dengan jepun. Kalau dato' bahaman berjuang masa lawan british, generasi seterusnya, abdullah c.d, rashid maidin, chinpeng berjuang untuk apa? Berjuang nak pergi melancong makan angin belanja duit rakyat.?
YanaMIB,
Kamu belajar sejarah malaysia, kamu belajar sejarah tanah melayu tak?
tieah, aku raja fiqri fauwaz, (mat) tlg kuarkan komen aku ek. :)k. :)
apa2 pun..buat lah dgn berpada. jgn smpi ada yg mendapat kerugian dr hal2 yg berlaku.
oh ada dengar d brita...
ish3x
Assalam..
Sedih kerana masih ada yg mempertahankan komunis..Skrg buku Shamsiah Fakeh turut dicetak dan dijual semula ..cakaplah apa saja saya tidak akan sesekali setuju dgn komunis laknat ini.
tiba2 tak semena2, ada pula yg ditangkap, memakan baju bersih, seraya memakai baju "komunis".
heh.
kecoh tiba2 pasal komunis.
dulu kecoh pasal penganjur bersih juga antara yg menuntut artikel 11.
kelakar.
mesej Bersih2.0 itu sendiri adalah jelas. menuntut pilihanraya yang telus.
pihak berkuasa kalau tidak setuju, tak apa. bawa turun polis, FRU untuk kawal keadaan.
tk perlu nak kata ini satu usaha nak bawa fahaman komunis.
ozzy,
Pada sape ko tujukan "komunis laknat" tu? Pada datuk nenek kita yang pertahan tanah air angkat senjata tumpah dari lawan jepun dengan british?
Komunis cuma madah perjuangan. Ideologi tak perlu pun. Sama macam kita dengar muzik.
Dalam islam pun ada macam2 mazhab...
Komunis cina ikut cara dia, komunis india ikut cara dia, komunis argentina ikut cara dia.... Komunis melayu ikut cara islam.. Cara agama kita...
Tak ada komunis sekarang tahun 2011 pun tak ramai org ambik peduli hal agama. kau tahu Berapa ramai melayu aties sekarang? tahu Berapa ramai melayu murtad? Tak percaya pergi rujuk sendiri.. Gugel ada.
komunis..? ye kew... ?? rasanya macam mainan politik je ni...
teruslah dibutakan dengan dakyah orang berkuasa..dasar penakut..rakyat nak berhimpun jer pun
mrk yg nk sgt komunis ni patutnya hidup zaman komunis dulu..biar dia rasa camna hidup bwh pemerintahan komunis..
sosialis dan komunis sebenarnya berbeza. sosialis lebih liberal berbanding komunis. komunis sanggup guna perjuangan senjata untuk menggulingkan kerajaan sedangkan sosialis boleh hidup dalam demokrasi. cuma soalnya, apa perlu Parti Sosialis Malaysia mengangkat Chin Peng, kepala bapak Komunis Malaya sebagai idola? Adakah PSM sendiri telah berpegang kepada komunisme dan meninggalkan sosialisme?
adakah ini betul atau sekadar konspirasi je?
-----------------------
nak ajak join ohbelog.com, komuniti blogger terbaru Malaysia..
daftar dan dapatkan traffik free..
http://ohbelog.com/
Banyak buku2 sejarah sudah dipesongkan oleh penjajah, contoh nyata siapa membuka kuala lumpur.
tentu jawapan yg belajar disekolah Yap Ahloy.
Hakikatnya perkampungan melayu sudah lama ujud dipertemuan 2sungai itu sebelum penjajah membawa masuk org.cina ini.Kenapa Yap Ahloy mendapat nama,Bukan Raja Abdulah Dan Haji Abdulah Hukum.Inilah agenda penjajah..
Begitu juga pejuang yg melawan penjajah dahulu,siapa mereka?Yang nyata bukan U**o
Itu pentingnya SEJARAH
Post a Comment