Polis terima petunjuk baru
KUALA LUMPUR 16 Jun - Polis mendapat petunjuk baru mengenai pihak yang menggodam laman web rasmi kerajaan dan swasta sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 41 laman web agensi kerajaan mengalami gangguan sejak semalam.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mendedahkan petunjuk tersebut kerana bimbang menganggu siasatan.
"Masih awal lagi untuk kita dedahkan siapa yang terlibat kerana siasatan sedang berjalan. Kita sedang membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menangani isu tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut SKMM, sebanyak 51 laman web tempatan telah digodam sehingga awal pagi ini menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.
Berita Penuh [KLIK SINI]
PDRM bantu SKMM tangani serangan laman web kerajaan
KLUANG 16 Jun - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bekerjasama dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta agensi antarabangsa bagi menangani serangan penggodam terhadap laman web kerajaan yang dibimbangi menggugat keselamatan negara.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dipertanggungjawabkan untuk menangani kes itu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Saya bimbang data dan maklumat itu pun boleh menjadi bernilai kepada sindiket tertentu dan pengganas yang mungkin mengancam ketenteraman dan keselamatan rakyat serta negara.
"Kita memandang serius perkara ini. Kita akan bekerjasama rapat dengan SKMM dan telah mengarahkan bahagian jenayah komersial untuk menangani hal itu serta cawangan khas dan unit risikan turut mempunyai rangkaian antarabangsa," katanya.
Berita Penuh [KLIK SINI]
Sumber : Utusan Malaysia
*Updated : Untuk pengetahuan, laman web CIA juga turut digodam [KLIK SINI], bukan negara Malaysia je..
21 Komen Orang Bijak:
SKMM dik bukan SPRM(kt tajuk)
hackers nie tkt nk komen..kang dia godam blog plak huhu
as salam..
haih..macam dah terlewat..baru nak tubuhkan pasukan..
tahu ke mereka, herrrccker termuda kat malaysia ni berrumur 10 tahun?
haha..lawak..lawak..
>_<
apa2..semoga mereka berjaya~
kalau dapat, jangan lupa interframe depa depan kamera liputan berita naa~
haha~
oh ya. pakcik baru post entri.
kira hack juga ni~
http://fadzli-rt.blogspot.com/2011/06/tutorial-gmail-temporary-error-login.html
V for Vendetta.
V for Vengence.
V for Voracious.
V for Vortex.
...V for Vox Populi.
V for Vote.
vote for us !!
-anonymous.diy-
Ntah berape banyak lagi duit rakyat yang berhabis utk membaikbaik pulih laman2web kjaan nanti.. Yg rugi rakyat kita jugak negara kita jugak.. Klulah dorang tlg hackkan database CIA ke, FBI ke, kan bagus hehe.. Wlubagaimanapun, sekurang2nya kita tau bagaimana tahap keselamatan internet di negara kita kan.. Bagus jugak ada hackers ni.. hehe.. :P
erm aku rs hackes2 ni xde la nk buat keje jahat smpi hancurkan negara kan..dorg mcm saja nk test power skill dorg..sbb sume web yg dorg hack tu xde lak dorg usik pape..ye dak?? maybe pengajaran utk sume supaya lebih hati² and lebih alert..hope kes ni cpt selesai =)
bahanyaa zaman skrang..sume nak digodamnyee..takleh detect ke sape yg wat niee..
kalau ziana zain masuk baru rasa nak apply kot
=_=
dorang da bgtau awal2 nk godam tp nape malaysia yg lambat bertindak?tue yg ak pelik. hmmmm.
moga cepat la tertangkap....
macam-macam jak urang kinek tok eh... nang suka carik pasal.. apakah sudak tidak ada kerja lain? err...
sama2 la kita membenteras jugak...lepas satu isu satu isu ...harap negara kita masih suci..kalau bab politik memang tak boleh nak selamatkan lagi dh..ermmm....l
kena tingkatkan lagi kawalan keselamatan...
Dah kurang keja ekk dorang ni...moh datang umah akk cuci toilet ke? hihihi
so sekarang malaysia kena higher hacker2 yang bagus utnuk lawan..
fuh, copy paste jo?:P
aduhai... x senonohyer keja... tu la dia black hat hacker... kalau nak jadi hacker pun, jadi la white hat hacker... aduhai..
anyway, gary follow cne yer~
kan ke bagus kebijaksanaan tu digunapakai utk benda yg lebih berfaedah..takda keje lain nk jd penggodam..
lwn web CIA pn kne godam...aishh..em..sush jgk bile dh silap guna kepndaian ni
betul tu rina, guna kebijaksanaan utk tujuan lain lagi bagus...ha3
entah dapat ke tidak tu
susah nak buru tu
statement gov nak takut2kan hacker je tu
Filem Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2
nice !
Ana Raffali @ wataniah !
*hehe. takde kene mengene ngn post, tapi ada dalam pic utusan tu. sebelah dato cT.
entah2 cidak xtauk apa2..saja je nk kasi takut...supaya hackers tu takut n serah diri...hihi
Post a Comment