Wednesday, June 15, 2011

Laman Web Kerajaan Malaysia Akan Digodam ; CyberSecurity Bersiap Sedia


PETALING JAYA: Pemantau keselamatan siber, CyberSecurity Malaysia mengesahkan wujudnya ancaman sekumpulan penggodam untuk menyerang laman web kerajaan,www.malaysia.gov.my.
Ancaman itu diposkan dalam bentuk grafik melalui di http://i.imgur.com/PTFWh.png itu bukan palsu dan CyberSecurity telah bersiap sedia berdepan tindakan penggodam terbabit secara serius.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri menegaskan, pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memaklumkan kepada semua pihak berkaitan dan agensi kerajaan supaya bersiap sedia dengan ancaman tersebut.
Katanya, pihak terbabit akan mengeluarkan kenyataan media masing-masing berhubung perkara berkenaan.
"Semua ancaman siber akan ditangani secara serius kerana sifat-sifat persekitaran siber yang saling berkait rapat sejajar dengan namanya, 'world wide web' dan 'Internet'," katanya dalam emel kepada mStar Online di sini, Selasa.
Kumpulan yang menggelar diri mereka, Anonymous berkata, mereka akan menyerang laman web kerajaan pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya sebagai 'Operasi Malaysia'.
Ketua Pegawai Penyelidikan F-Secure Corporation, Mikko Hypponen dalam tweetmemaklumkan mengenai ancaman pada pukul 4.42 pagi.
Sementara itu, kumpulan itu pada petang Selasa menjelaskan di laman web Pastebin, mereka merancang mahu berbuat demikian kerana mendakwa tindakan kerajaan Malaysia melakukan pelbagai sekatan di laman siber termasuk yang terkini melibatkan laman perkongsian fail seperti Pirate Bay.
Anonymous juga menuduh kerajaan melarang tayangan filem dan televisyen selain mengehadkan Internet yang bagi kumpulan itu ia adalah hak asasi manusia yang asas.
“Kami bimbang tindakan anda akan merampas terus kebebasan manusia, maka kami rasa bertanggungjawab untuk bertindak tanpa belas kasihan,” menurut kenyataan kumpulan itu.
(Sumber : mStar Online)


*Aku harap pihak CyberSecurity berjaya menggagalkan hasrat penggodam ini.. Kalau marah sekalipun dengan pihak SKMM yang telah menyekat 10 laman web yang dikatakan melanggar Akta Hakcipta 1987, maka ini bukanlah penyelesaian terbaik..[KLiK SiNi] untuk senarai laman web tersebut.. Tapi gejala hackers ini memang menjadi jadi sejak kebelakangan ini.. Terbaru, laman web tourism juga telah digodam.. Memang banyak sangat dah,, kalau facebook dan blog di hack mungkin bukan sesuatu yang baru lagi kan??? Yayaya, aku tahu ramai yang marah sebab 'mereka' menyifatkan kerajaan seolah olah menyekat kebebasan berinternet.. Dan 'mereka' juga mempersoalkan laman web porno/lucah yang masih tidak di block oleh pihak kerajaan.. Ingat, jika kita rasa ada laman web/blog/facebook yang tidak elok kita punya hak untuk bersuara.. Laporkan kepada CyberSecurity melalui emel dan pasti pihak yang bertanggungjawab akan buat sesuatu.. Ini main cakap je.. Kita kena faham, laman web kerajaan Malaysia adalah harta kita rakyat Malaysia sendiri,, KENAPA harus sokong perbuatan menggodam ini??? Mungkin yang bersorak gembira bertepuk tangan tu langsung tak pernah masuk portal kerajaan, jadi 'mereka' tidak tahu fungsi sebenar lawan web tersebut..

14 Komen Orang Bijak:

ainz said... Reply To This Comment

hebatnye hackers tu...sampai menggoyahkan cybersecurity kerajaan malaysia..

MerLe said... Reply To This Comment

aishh.. xde kije..

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

hahahaha lawaknya bebudak ni..sejak bila pulak internet tu hak asasi manusia yang asas?

buat sakit perut mak dorang je malahirkan dorang ni.

aku dahulu lahir zaman internet belum wujud..hidup lagi aku sampai sekarang..takde masalahpun kalau tak ada internet.

elok SKMM kesan dorang dan tangkap sumbat dalam penjara..kasi sebat 10 sebatan.

Fasihah Supian said... Reply To This Comment

dah ada yang start kene hack kan? nanti aku update, la ni ada keje sikit...ko cuba cari web KH:KenaHack, kat situ ada list laman yg dah kena...

Khairul Onggon said... Reply To This Comment

Blog saya baru jer kena godam awal tahun ni.. Blog saya yg buruk tu pun ada gak org nak godam.. Habis semua entry2 lama tu la pasal kena wat repost dan backup :P

husnalalink said... Reply To This Comment

hmmm..security tak kuat ker? hebat lahh hackerss tuee..dpt dikesan tak ape?

fasya sandha said... Reply To This Comment

berani betul kan..apa diorg dapat eh..mesti masyukkan..kalau dulu orang takut dgn virus..skang tktk dgn hacker plak..haish!!semakin maju dunia ni semakin byk musuh....

yanamib said... Reply To This Comment

psiko ke hape dorg ni..mcm dh xde keje len nk buat pi cari psl dgn gomen tu watpe..hhehh~ xsuka dgn law mesia pi duk laut la..negara len pn ada je law psl internet nih..aparaa!

nazirulhazwan~ said... Reply To This Comment

argh, guwa bayar streamyx, suke plak die nak block, laman web lucah pon guwa xnk kerajaan block,pendidikan seks tu

Areyoudys said... Reply To This Comment

as salam..
tieah!!
sokong. anon tu rakyat malaysia sendiri.mungkin. pastebin tu kalau tak silap, dalam mblog, ada geng ni. geng war_gunz, pastebin, hackerz_pda.

tekaan je. mungkin kebetulan..
tu la..kalau takde laman sesawang keraajn ni, susah la kita nak berkomunikasi untuk menyelesaikan hal2 keperluan kita. nak bayar bil, cek saman, puspakom, bank, dsb..

lenyapkan pastebin!!!

http://fadzli-rt.blogspot.com

nabilah_2908 said... Reply To This Comment

jahat tul mereka ni...ish...

pihak SKMM sekat pun bersebab..bukan saja2..hmm...

Hans Hanis said... Reply To This Comment

tapi bagi aku bagus juga kalau diorang berjaya hack
sebab kalau diorang berjaya itu terbukti cyber security Malaysia lemah

Kisah Sekuntum Bunga Hitam

knightofhorus said... Reply To This Comment

fuuhhh...mesty byk kjer i t,
kekekekekeke :)
i bakal menghancurkn sluruh hackers dan menjadi raja hackers.....hahahahahaha

Faizal Haris said... Reply To This Comment

nak kecoh buat apa.. malaysia kan selalu kena hack..

semua ni buat kecuk perut org yg tak tau IT je..

kepada si konon gelar diri depa ni hacker ni jgn la duk tunjuk hebat sgt.. kerna ada org yg lebiH hebat..

semua ni wayang je...