Friday, August 19, 2011

Catatan #63 : Jom Bantu


Tabung Kemanusiaan Somalia telah dilancarkan beberapa hari yang lalu oleh pihak GPM (Global Peace Mission  Malaysia) dengan sasaran sebanyak 1juta sebelum aidilfitri ini agar bantuan dapat disegerakan.. Aku tengok dalam berita pukul 8 malam kat TV Al-Hijrah hari Selasa kalau tak silap.. Nak buat entri ni semalam tapi sebab kesibukan kerja aku jadi lupa dan memang tak berkesempatan pun nak bukak blog.. Tapi, alhamdulillah hari ini ramai jugak blogger dah buat entri tentang derma untuk rakyat Somalia--harapnya bantuan kita dapat meringankan penderitaan mereka..


Kini, bulan ramadhan dan umat Islam di seluruh dunia sama-sama berpuasa dan bersama juga kita merasa kelaparan.. Tetapi bila sampai waktu berbuka, kita kenyang sampaikan kadang-kadang tak larat dah nak solat.. Padahal makanan masih penuh lagi atas meja--pembaziran di situ!!! TIDAK bagi mereka yang hidup di Somalia.. Mereka berhadapan dengan kematian setiap 10 minit.. Bantulah mereka :)

*Sumbangan boleh dilakukan dalam bentuk wang tunai atau cek ke akaun Global Peace Mission :
  Bank Islam 14-023-01-002922-4
  Maybank 5642-2161-1602

*Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Sekretariat GPM di talian 03-61883230

@18 Ogos 2011
@19 Ogos 2011

13 Komen Orang Bijak:

Khairul Onggon said... Reply To This Comment

Otedah.. sama2lah kita ngulur sedikit sedekah utk mereka yg memerlukan.. :)

yanamib said... Reply To This Comment

best kn bloggers bersatu wat entry gini..mudah kerja dorg mtk derma =)

merahitujambu said... Reply To This Comment

kan..ptt bagi org yang bazir masa buka tu suh dia sedekah..huhuhu..

Unknown said... Reply To This Comment

sama2 kita bantu saudara2 kita kat sana...sikit pun jadi lah.sikit2 lama2 jadi bukit..

Unknown said... Reply To This Comment

Mari beramal dalam bulan pose ni..

NIA said... Reply To This Comment

semoga keadaan saudara kita disana memberi kesedaran sedikit sebanyak kepada kita yang belum diberi dugaan hebat seperti mereka.

Unknown said... Reply To This Comment

sekejap je. Habis puasa habislah cerita ni. Puasa tahun depan pula.

Orang somalia dah berpuluh tahun kebuluran tak pernah meminta2 pun.

Muhamad Zaki Zafir said... Reply To This Comment

rkyt msia ni membazir blh thn..tp aku suka, bab derma, mmg pemurah.hrp2 blh lebihkn lah bab brderma drp membazir lps ni.

salam ramadhan tieah. :)

Mario said... Reply To This Comment

harap2 sempatla eh sejuta sebelum raya...nnt aku buat n3 ni... c & p ckit dari sini eh...

PAPA GOMO said... Reply To This Comment

bantuan dunia luar tak sampai ke Somalia dan sekarang Tun Dr Mahathir terpaksa sampaikan bantuan.

28hb ni misi bantuan ke Somalia akan digerakkan oleh Tun M melalui Kelab Putera 1 Malaysia...

Gomo disuruh pi sana tapi taknaklah..coz ada anak bini....pi 18 balik 7hb....hari raya tu....kalau bujang le lah pi kan.,..

apa pun bersyukur lah kita rakyat Malaysia......

velasrizal said... Reply To This Comment

jom pakat2 kita derma

KELI OH KELI said... Reply To This Comment

jom pakat2 juga muhasabah diri...

Daddylicious said... Reply To This Comment

somalia tu nun jauh di sana mereka bukan rasa apa2 pun...