Monday, April 23, 2012

Catatan #81 : Buku Fixi


Eh, banyak plak koleksi buku Fixi ko? Ape best sangat ke?
Tak banyak tapi cukuplah satu novel tiap satunya.. Best tak best terpulang pada pembaca tapi bagi aku YE! Memang BEST.. Sebab aku suka pada "kebebasan menulis tanpa prejudis.." Paling penting otak kena terbuka luas.. Orang putih kata open minded.. Novel keluaran Buku Fixi jugak sebenarnya menceritakan tentang kehidupan realiti masyarakat kita yang cuba 'dipejamkan' padahal ia perlu diwar warkan agar generasi akan datang tahu dan bijak menangani dan menghadapinya..

Eh, bukan ko tak minat ke baca baca novel ni?
Yes. Memang betul aku tak minat baca novel sebab pada aku, novel selalunya sinonim dengan cerita cinta.. Jiwang karat orang kata.. Tapi buku keluaran company Amir Muhammad ini telah mengubah pemikiran aku terhadap industri novel kat Malaysia.. Tahniah Amir Mu! *Selamat jalan Alaf21


Ko tak minat baca novel tapi ko belajar sastera jugak?
Aku terpaksa! Tapi itu dulu punya cerita.. Sekarang aku rasa memang aku ditakdirkan untuk hidup dalam dunia sastera walau aku cuba lari darinya.. Soooooooo, aku perlu terima hakikat yang kini aku sedang dilamun cinta dengan sastera!

Erm.. Kalau macam tu, bagaimana ko tau kewujudan buku Fixi ni?
Salah seorang penulis buku Fixi ni adalah salah seorang blogger.. Jejaka anggun atau nama penanya Shaz Johar adalah penulis untuk novel Kougar dan Tabu.. Melalui blog beliau, aku tahu tentang novelnya serta syarikat penerbitan Fixi..

Eh, ko beli semua novel ni ko dah habis baca belum?
Belum. Ye, belum lagi. 

Erm.. Kenapa belum? Orang kalau dah beli, mesti nak baca.
A'ah. Betullah tu. Tapi bukan aku. Bukan senang nak pupuk sifat ulat buku dalam diri aku tau! Kalau ikutkan, tahun lepas lagi dah habis kot aku baca cuma aku melengahkan masa bacaan disebabkan beberapa perkara. Tapi kira oklah, sekarang aku dah habiskan 3 daripadanya. Biar lambat asalkan aku menjiwai setiap watak didalamnya.. Hahaha..


Ini antara 3 novel pertama (Kougar, Pecah dan Kelabu) yang aku baca dan rasanya aku terpaksa berhenti seketika.. Ikut hati, aku nak baca kesemua yang aku miliki tapi aku kena jugak concentrate dengan final exam awal bulan Jun ni.. So, bulan Mei aku kena fokus kepada buku buku ilmiah plak.. 




19 Komen Orang Bijak:

merahitujambu said... Reply To This Comment

ko pelik.aku biasa naik bas tgok org baca novel cinta..kemain diorg..aku pulak dh lama xmembaca..tpi baru2 ni aku baca armagedon 2012..**eja salah maaf ye..cerita bagaimana kiamat terjadi..seronok gak boleh insaf aku.**kejap je la..XD

Orkid Edyliyne said... Reply To This Comment

OE pernah nampak buku nie. tapi, masa tu macam konfuse sikit nak beli ke tidak.
hehe.
tapi ada kawan kata best.
maknanya kena cari jugak.
hehe. ^^

Kelingking said... Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
Kelingking said... Reply To This Comment

wah complete satu set...fanatik tahap dewa nih..haha..:)

Unknown said... Reply To This Comment

Kak, acane na carik buku ni ye?

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@merahitujambu
Itu mereka! Kan aku dah kata.. Aku memang tak layan novel pun sebelum ni.. Tak baca entri habis lettuwwwwwwwww..

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@Orkid Edyliyne @ OrkEd
A'ah.. Boleh tahan best..

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@ikhwan shafiq
Mana ada bli satu set.. Tapi sekali beli 7 buah terus.. Then satu, satu.. Sampailah lengkap..

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@Nedhamzah
Cari kat MPH The Curve ada, Popular.. Kalo nak o9 pun boleh.. Pegi sini ye http://fixi.com.my/

Murni Alfathunnisa said... Reply To This Comment

suka soalan & jawapan yang last tu. ada kalanya memang lambat nak habiskan..gara2 nak betul2 menghayati cerita tu.

velasrizal said... Reply To This Comment

wah ulat buku kamu ni

Unknown said... Reply To This Comment

morning :)

dh stahun dh xbace novel sbb dok tgu2 novel yg best..mmm mau try nie

merahitujambu said... Reply To This Comment

aku th laa ko x layan..aku baca habis kot entry ko tu..aku ckp je pandai..apa seituasi aku dlm bas..erkk..ko x baca habis la tu komen aku..erkkk..XD

Mario said... Reply To This Comment

apa beza buku ni dgn novel?

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@merahitujambu
Sebok!!! Hahaha.. Dah2 p main glider ko.. *Betul ke eja?

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@Mario
Takde beza.. Ntah lah.. Mls aku jwb soalan ni.. Arghhhhhh,,

nabilah_2908 said... Reply To This Comment

ada sorang blogger buat review tntg novel Kelabu....best ceritanya...

kat kedai2 buku ada ke novel ni..sy tak perasan pula....

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@nabilah_2908
Boleh tahan! Kah popular ada, MPH ada.. Alaaaaa, Melaka-KL dekatkan.. Pegilah pesta buku nanti kat pwtc..

Sarah Mohd Saleh said... Reply To This Comment

aku igt beskal jek de fixi rpenye buku pon de fixi errrr