Tuesday, April 19, 2011

Kalau Dah Tun M Pun Kecewa, Aku Pun Sama


PELABUHAN KLANG: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau kecewa dengan penularan politik perkauman seperti dicerminkan kejayaan DAP di 12 kawasan majoriti pengundi Cina pada pilihan raya Sarawak ke-10 Sabtu lalu. 

Bekas Perdana Menteri berkata, kejayaan DAP itu menunjukkan parti pembangkang sudah berjaya membawa dasar perkauman yang diamalkan parti berkenaan.

Katanya, dulu rakyat di Sarawak memilih calon tanpa mengira kaum kerana bagi mereka apa yang penting memilih pemimpin yang boleh membentuk kerajaan yang mewakili semua kaum.
Bagaimanapun, katanya, kemasukan DAP ke Sarawak dan kemenangan parti itu jelas menunjukkan parti itu berjaya memisahkan masyarakat Cina Sarawak daripada kerajaan negeri itu. 

“Ini tidak baik bagi kaum Cina dan tidak baik bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelancaran Kapal Pengerok Inai Liatree di Limbungan Selat Melaka Shipbuilding Corporation Sdn Bhd di Pantai Acheh, Pulau Indah, di sini, semalam.

Sumber : Berita Harian Online

  • Walau dah 3 hari berlalunya pilihanraya DUN Sarawak, masih ada jugak saki baki cerita yang kurang enak di dengar.. Perasaan tak puas hati pihak pembangkang kat Miri pun masih terasa lagi walaupun mereka sangat berpuas hati apabila berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihanraya 2006.. Kalau aku cerita kat sini memang jadi masalah nanti, cuma apa yang aku boleh katakan adalah, aku sependapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad..
  • Buat jentera BN, seeloknya bekerja keras lah ek untuk memenangi semula hati pengundi yang tak pangkah dacing.. Aku ingat lagi tahun 2006 dulu, pihak pembangkang guna isu harga minyak dan barang naik.. Tahun ini pulak dorang guna isu rasuah dan isu pemimpin yang lama dalam arena politik.. Huhh! Ape ape pun, syabas buat PBB sebab takde sorang pun yang kalah.. SUPP plak kena buat post mortem sebab tahun 2006 pun 10 orang kalah kalau aku tak silap.. Tahun ini lagi teruk, presiden pun kalah.. Usaha kena lebih walaupun BN menang dengan majoriti 2/3..
p/s : Terima kasih kepada rakan rakan yang wish happy birthday kat aku.. Aku nak kasi tiket wayang dan aku akan umumkan siapa yang dapat dalam post petang nanti kot..)

19 Komen Orang Bijak:

Kumiko Ryou | Farah Amira said... Reply To This Comment

huhu...2 la..agk kecewa ngn keputusan tu...haisey men....

Semut Senyum said... Reply To This Comment

turut prihatin terhadap politik dalam negara =)

ztie said... Reply To This Comment

skt jiwa. kin jadi2 jak benda tk. lemah dh nyawa kmk nak nangga politik2 tk lagik. huhu

Ujang9897 said... Reply To This Comment

haah kan..kau org sarawak

FASYA SANDA said... Reply To This Comment

SEBESAR SUARA SETUJU..JGN LAA BERKAUM2..KATA SATU MALAYSIA KAN...HEHEHEHE

KO NI X HABIS2 LAGI KE..=P

yanamib said... Reply To This Comment

aku bangga BN byk menang kt sarawak..hehe..setuju dgn statement ko, BN kena usaha lg utk menang hati rakyat =)

Khuzrin Kamarudin said... Reply To This Comment

politik... politik... pembangkang semakin bijak mengguna segala yang ada... bahaya untuk pihak kerajaan...

Jimie SC said... Reply To This Comment

kn mudah klu kita bersatu..tp bila kita da dpt kuasa mmg da xnmpk benda lain dah.. ;)

Unknown said... Reply To This Comment

salam kenal.. yela kat sarawak ni dap kuat la.. mereka cuba memecahkan belahkan kaum.. sampai ade kawan aku cina paksa aku undi dap.. tapi aku tak mahu.. abisla sarawak bumi kenyalang tanah airku ini.. hancus..

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

BN memang menang 2/3 tapi sebenarnya merosot..sebab dap dapat 12 kerusi..12 tu sebenarnya cukup banyak kalau nak dibagi pada dap.

puak dap ni ada cerita apa? awak cakap je kat sy..nanti sy kuarkan citer ni..

Oasis said... Reply To This Comment

Takut dengar kisah politik. Takut jadi cam negara2 lain.

Harap2 politik kita sentiaasa stabil.

manggosteen said... Reply To This Comment

aku tgk pembangkang tak perlu kerja keras pun sbb kerajaan sndri yg buat sesuatu yg menjathukan diorg sendiri..

Unknown said... Reply To This Comment

gembira dgn kemenangan BN syabas ! setuju sgt . . mmg perlu berusaha lebih lagi . .

eh ? eh ? happy brthday tieahh ! huhuuuu

Along Tapa said... Reply To This Comment

kan aku dah cakap...orang terkompius tu...salah tanda..diorang ingat pangkah DAP sebab taknak DAP...hihi...

Gorengbaek - retailing: pompuan pun ada pantang...bukan jantan jek....

Hangit Habis dah - Malware attack kat GB?wtf?

Kerat Senget - Ta Perlu Tanya Kao

mr.syazwan said... Reply To This Comment

cayalah berkempen ye

sokong2

haha

hope jgn la negara kita sama seperti singapura..

huhu

lalink7 said... Reply To This Comment

happy belated bufdayy!! sorry jika agak lambat..

CIK TOM said... Reply To This Comment

politik..politik..heheheheh

aLieF si Muncung ManiS said... Reply To This Comment

alief tak sempat mengundi...sbb tak ada cuti..huhuhu..pokai nak beli tiket balik dari kelantan ke sarawak..:(

Anonymous said... Reply To This Comment

undilah dengan PRU akan datang.. jangan biar malaysia ditadbir orang yang tak tahu mendtadbir, sekadar cakap2 kosong.. khas untuk penyokong2 pembangkang.. hahaha.. aku pro-kerajaan.. hidup BN!!! hidup Tun M!!!