Gambar dari pak cik google
Kalau buka twitter dan facebook pagi ini memang ramai yang bercakap tentangnya. Dalam hati "giler apa kerajaan nak tubuh Jabatan Facebook Negara atau singkataannya (mungkin) JFN." Dan pastinya ayat manusia zaman kini "salah satu cara kerajaan nak kikis duit rakyat lettuwww". Kahkahkah. Setelah membaca artikel di bawah ini, aku mengerti sudah. Aku jemput sedara sedari untuk turut memahami apa yang cuba disampaikan. Terima kasih.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk
Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata setakat ini kementeriannya mendapati tiada
keperluan untuk menerima cadangan mewajibkan pengguna laman sosial Facebook
didaftarkan sebagai usaha mengekang aktiviti penyalahgunaan laman siber.
Beliau berkata, cadangan itu
mustahil untuk dilakukan berikutan jumlah pengguna laman sosial berkenaan
mencecah 15 juta orang.
Katanya, jika kerajaan tetap
ingin melaksanakan sistem pendaftaran sebagai lesen membenarkan rakyat di
negara ini menggunakan laman sosial terkenal itu, ada kemungkinan Jabatan
Pendaftaran Facebook Negara perlu ditubuhkan.
“Itu sebabnya kita tidak nampak
ada keperluan untuk pengguna laman sosial di negara ini untuk berdaftar dengan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Kita juga mengambil kira
jumlah pengguna yang begitu ramai dan sudah pasti tidak relevan sekiranya kita
terpaksa menubuhkan Jabatan Pendaftarahan Facebook Negara," katanya dalam
sidang Dewan Negara di Parlimen, hari ini.
Shabery berkata, setakat
ini SKMM mengenal pasti 36 kes melibatkan salah guna di laman sosial iaitu kes
terdapat unsur penghinaan dan fitnah antaranya yang berkait isu Syiah.
"SKMM tidak mempunyai
keupayaan mengawal sepenuhnya penggunaan laman Facebook kerana pelayan
laman sosial tersebut beroperasi di Amerika Syarikat (AS) dan ia pasti
melibatkan kos yang amat tinggi.
"Kita sentiasa
mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penggunaan mereka di laman
siber supaya tidak timbul perkara yang menyentuh sensitiviti," katanya
ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.
Selain itu, katanya,
undang-undang sedia ada di negara ini mencukupi untuk menangani isu berkait
salah guna laman sosial. – 17 Disember, 2013.
Sumber : The Malaysia Insider
p/s : Kalaulah Jabatan Facebook Negara (JFN) betul betul wujud aku nak hantar resume! Hehe.
2 Komen Orang Bijak:
tieaahhh.
ak baru nk komen kt rosmah mansor punya artikel tue. hahahaha.
hehehe kalau lah kannnn...?
Post a Comment