PELABUHAN KLANG: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau kecewa dengan penularan politik perkauman seperti dicerminkan kejayaan DAP di 12 kawasan majoriti pengundi Cina pada pilihan raya Sarawak ke-10 Sabtu lalu.
Bekas Perdana Menteri berkata, kejayaan DAP itu menunjukkan parti pembangkang sudah berjaya membawa dasar perkauman yang diamalkan parti berkenaan.
Katanya, dulu rakyat di Sarawak memilih calon tanpa mengira kaum kerana bagi mereka apa yang penting memilih pemimpin yang boleh membentuk kerajaan yang mewakili semua kaum.Bagaimanapun, katanya, kemasukan DAP ke Sarawak dan kemenangan parti itu jelas menunjukkan parti itu berjaya memisahkan masyarakat Cina Sarawak daripada kerajaan negeri itu.
“Ini tidak baik bagi kaum Cina dan tidak baik bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelancaran Kapal Pengerok Inai Liatree di Limbungan Selat Melaka Shipbuilding Corporation Sdn Bhd di Pantai Acheh, Pulau Indah, di sini, semalam.
Sumber : Berita Harian Online
- Walau dah 3 hari berlalunya pilihanraya DUN Sarawak, masih ada jugak saki baki cerita yang kurang enak di dengar.. Perasaan tak puas hati pihak pembangkang kat Miri pun masih terasa lagi walaupun mereka sangat berpuas hati apabila berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihanraya 2006.. Kalau aku cerita kat sini memang jadi masalah nanti, cuma apa yang aku boleh katakan adalah, aku sependapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad..
- Buat jentera BN, seeloknya bekerja keras lah ek untuk memenangi semula hati pengundi yang tak pangkah dacing.. Aku ingat lagi tahun 2006 dulu, pihak pembangkang guna isu harga minyak dan barang naik.. Tahun ini pulak dorang guna isu rasuah dan isu pemimpin yang lama dalam arena politik.. Huhh! Ape ape pun, syabas buat PBB sebab takde sorang pun yang kalah.. SUPP plak kena buat post mortem sebab tahun 2006 pun 10 orang kalah kalau aku tak silap.. Tahun ini lagi teruk, presiden pun kalah.. Usaha kena lebih walaupun BN menang dengan majoriti 2/3..
p/s : Terima kasih kepada rakan rakan yang wish happy birthday kat aku.. Aku nak kasi tiket wayang dan aku akan umumkan siapa yang dapat dalam post petang nanti kot..)


