Sunday, May 06, 2012

Catatan #84 : Terima Kasih Rakan Blogger


Dalam entri INI, aku ada beritahu pasal hadiah dari seorang blogger untuk birthday aku.. Maaf sebab lambat.. "Mesti ko tengah tunggu aku update kan IS???" Sorilah, aku bizi sangat dan mood nak berblogging mula jatuh balik.. 

Malam ni aku gagahkan jugak tangan ini untuk taip sebab aku rasa terhutang sangat kat ko IS.. Terima kasih sebab bagi aku #Zombijaya dan #Nakal.. Aku tak sempat baca lagi kot karya Adib Zaini tu.. Nakal sudah dan mungkin bila bila aku free aku buat review..

Jumaat lepas, posmen datang sebaik je aku sampai rumah--balik kerja.. Aku tak fikir pun barang tu untuk aku.. Pastu bila tengok posmen sebut nama aku, teruja sangat! Yes, aku nampak nama ko IS--penghantar kiriman tersebut.. Aku buka, terharu.. Terkejut pun ye!


Sitora Harimau Jadian dan Bogel Menuju Tuhan.. Buku Zahiril Adzim ni lama dah nak beli tapi tak terbeli beli dan aku suarakan hasrat terpendam pada IS.. IS sudah memiliki senaskah buku itu dan aku tak pasti sama ada buku kat atas ni adalah kepunyaan dirinya atau dia beli baru untuk aku.. Untuk Sitora Harimau Jadian, aku memang dah kasi duit kat IS untuk beli buku tu bersama-sama dengan buku #Licik dan #Dosa masa #KLIBF.. Tapi disebabkan kejadian INI, RM150 aku melayang dan aku terpaksa minta IS bank in balik duit yang aku bagi kat dia untuk beli buku tu.. Kira pembeliaan buku bulan ni cancel lah.. Sedih! Gaji aku bulan ni RM500 je, so bila RM150 terbang, aku terpaksa cover balik duit tu dengan mengorbankan bajet buku aku RM100.. :(

Terima kasih sekali lagi IS sebab hadiahkan aku buku buku kat atas ni.. Terima kasih sebab faham situasi aku! Aku betul betul tak sangka ko akan bagi buku yang aku nak sangat tapi terpaksa cancel last minit.. Aku tak anggap ko macam rakan blogger lagi tapi sebagai sahabat! Walaupun kita mula kenal dalam alam maya je, tapi aku percaya dengan perhubungan yang ikhlas ini.. 










p/s : Maaf IS kalau aku sengaja tak beritahu ko pasal buku yang aku baru dapat 2 hari yang lepas.. Sebab aku nak ko baca sendiri kat blog ni.. Sebab blog yang telah menemukan kita sebelum ko tahu facebook, twitter dan no hp aku kan? Dan sekarang nama penuh, alamat rumah dan no akaun aku pun ko dah tau.. Hahaha.. Lepas baca entri ni sila call ye~ Kalau tengah malam tak payah ganggu tidur aku!






7 Komen Orang Bijak:

Unknown said... Reply To This Comment

wahhh bestnyer dpt buku lagi.hari2 dpt buku :)

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@Harith Iskandar
Tipulah hari hari.. Tapi tahun ni kira adalah 2,3 bku free..

MR. SYAH said... Reply To This Comment

wah byknlah koleksi buku tieah skang... leh jadi ulat buku ni..

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@MR. SYAH
Insya Allah.. :)

Anonymous said... Reply To This Comment

Wahhh hadiah buku..best tu..fiq pun dah lama tak dapat hadiah buku..hehe.

Mr. Asada said... Reply To This Comment

happy belated birthday lah owh.. heee :D

Nik said... Reply To This Comment

best tak dua2 buku tu ?