Tuesday, July 13, 2010

Catatan Kesepuluh : Al-Fatihah

Pergi tak kembali.. Itulah ungkapan yang sering kita dengar kan bila mendapat berita kematian.

Seperti biasa lepas balik dari surau, sekitar jam 5.30 pagi, emak akan kejutkan aku.. Tapi pagi ni lain benar suara emak aku.. Aku pun bingkas bangun bila lampu bilik dinyalakan.. Yes, tak syok nak tido bila sinaran neon memancar ke dalam mata.. Kemudian emak aku bersuara dengan skrip yang lain.. Selalu dia kata "bangun solat subuh" tapi bertukar kepada "pak cik Dinal meninggal"..

Innalillahwainalillahirojiun..
Dengan secara tiba tiba aku mengimbau semula kenangan bulan lepas bersama arwah dan keluarganya.. Arwah pak cik Dinal sekeluarga baik sangat, walaupun sebenarnya kami sekeluarga takde bau bau bacang atau hubungan saudara dekat.. Cuma hubungan akrab bapa dan pak cik Dinal sewaktu kecil membuatkan hubungan kekeluargaan semakin erat.. Bapa dan pak cik Dinal memang rapat semenjak dari kecil sehingga akhir hayat pak cik Dinal..

"Kami ni tak banyak kawan sangat masa kecil kecil sebab kami miskin, hidup susah takde yang nak kawan", itu lah kata kata pak cik Dinal kepada aku di suatu petang semasa aku dan bapa menetap beberapa malam di rumah arwah bulan lepas.. Kunjungan aku ke Kuching pada masa itu untuk pendaftaran dan orientasi PJJ USM.. Bapa ajak menetap di rumah kawan dia, supaya senang.. Aku selama ni memang dengar je nama pak cik Dinal ni, tapi tak pernah jumpa lagi orangnya..
Hajat nak jumpa akhirnya termakbul dan tak sangka pulak pertemuan itulah kali pertama dan terakhir.. Dulu bila bapa aku ke Kuching selalu kami hairan kenapa bapa akan menetap di rumah pak cik Dinal, sedangkan bapa masih ada adik beradik lain di Kuching..
Sekarang baru aku faham setelah aku sendiri melalui pengalaman bersama keluarga arwah pak cik Dinal..

Ikutkan, 21 Julai ini, arwah bersama isteri dan anak bongsunya yang berusia 14 tahun akan ke sini.. Bapa aku belikan tiket untuk mereka tiga beranak sebagai tanda terima kasih sebab bapa aku selalu menumpang di rumah mereka.. Jadinya untuk membalas, bapa aku belikan mereka tiket kapal terbang ke sini dan bolehlah tinggal untuk beberapa hari di rumah kami pulak..

Malangnya, hajat tak sampai.. Lebih kurang seminggu lagi mereka akan ke Miri tapi Allah lebih sayangkan pak cik Dinal.. Moga roh allahyarham dicucuri rahmat..







2 Komen Orang Bijak:

KERDILDESA said... Reply To This Comment

ermm. pastinya keluarga arwah tgh berduka kan ?
sy tumpang simpati.

kawan sejati..
memang susah nak dcari..
beruntung ayah tieah sebab ada sahabt sehidup semati macam tu..

alfatihah..
kita doakan arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman..

camar putih said... Reply To This Comment

sedihnya baca..semoga tenang dia di sana. :'(