Saturday, July 03, 2010

Catatan Keempat : Lelaki lembut

Kat Malaysia ni ramai lelaki lembut. Tetapi apa sebenarnya takrifan lelaki lembut itu sendiri? Adakah semua lelaki lembut itu gay? Oh tidak. Saya suka lelaki lembut. Hahaha. Mari kita lihat kategori lelaki lembut.

1.Lelaki dan handbag
Perasan tak Azwan Ali suka berjalan dengan handbag besar dia? Tetapi kalau lelaki yang tolong bawa handbag awek dia apa cerita? "So sweet" kata orang lah. Tapi bagi aku, handbag tetap aksesori wanita dan seharusnya lelaki tak pakai. Tolong bawa awek punya handbag buat seketika boleh tapi kadang kadang tengok bukan sekejap tapi berterusan. Adakah lelaki itu lembut? Mungkin jiwanya lembut.

2. Lelaki dan masakan
Perasan tak Chef Wan antara chef terkenal di Malaysia dan dia seorang lelaki. Chef Ismail juga seorang lelaki. Ciri ciri lelaki lembut memang ada juga terlihat pada personaliti mereka tetapi Chef Wan tetap punya anak. Hebat tak hebat. Tapi sebenarnya lelaki yang pandai masak ni elok buat tolong isteri di dapur. Ramai lelaki kadang kadang buat isteri macam orang gaji. Ini salah.

3. Lelaki dan baju ketat
Pernah jumpa lelaki lembut pakai baju longgar? Selalunya pakaian mereka baju sendat/ketat dan seluar pendek paras lutut dan ada yang pakai atas lutut. Tetapi ada juga lelaki macho pakai baju macam tu dan sebelah dia awek cun. Lelaki lembut ke tu? Mungkin jiwanya lembut.

4. Lelaki dan pink
Dekat Malaysia ni warna pink memang untuk perempuan. Aku tak tahu kat mana undang-undang berkaitan warna tetapi selalunya pink sinonim dengan perempuan. Tengok je kalau events wanita kat negara kita mesti pilih tema pink. Oleh sebab itulah bila lelaki pakai pink terus kena cop lelaki lembut. Tapi tidak bagi aku. Comel what lelaki pakai pink. Hello, Fahrin Ahmad pelakon kacak tu pun suka pakai pink ok. Lembutkah beliau? Mungkin jiwanya lembut.

Kesimpulan, saya suka lelaki lembut jiwanya! Pandai masak, pakai baju pink.. Oh, comel dow!

1 Komen Orang Bijak:

KERDILDESA said... Reply To This Comment

suka sangt baca entry ni!!

susah nak jumpa perempuan yang boleh terima lelaki macam nie..
harap, apa yang tieah impikan tu akan tercapai.

ingt!
pengharapan tu satu doa.. (=