Apa itu CINTA?
Cinta itu satu perasaan yang mana datangnya tanpa kita sedari. Hadir tanpa kita minta. (Aku kurang arif sebab aku tak pernah bercinta, cinta monyet tak boleh pakai.) Tapi orang selalu kata kalau jantung kita berdegup kuat itu maknanya kita sudah jatuh cinta. (Maaf, aku masih tak merasai degupan jantung sebegitu. Masa ambil results SPM dan STPM adalah. Itukah cinta aku?) Dan aku selalu dengar orang kata cinta itu perlukan pengorbanan dan cinta itu tak seharusnya memiliki. Tetapi percayalah, berapa kerat manusia yang boleh berkorban demi cinta? Yang terkorban kerana cinta banyak. Maksud pengorbanan dalam cinta ini sebenarnya merujuk kepada kita memberikan ruang dan waktu kepada pasangan kita untuk dia melakukan apa yang dia kehendak. Atau kita melepaskan pasangan kita untuk orang lain. Manakala bagi maksud cinta itu tak seharusnya memiliki ialah kita kena terima kenyataan kalau yang kita suka/minat/cinta itu tak ambil kita sebagai pasangan dia. Tapi ini macam kejam kan? Tapi soal hati dan perasaan tak boleh paksa. Percayalah, jodoh itu kuasa Allah. (Aku cakap seolah ada pengalaman tapi zero)
p/s : Siapa cinta aku?
1 Komen Orang Bijak:
tieah.. jodoh petemuan tu kerja tuhan.. hehe. kalau apa yg tieah harapkan tu tercapai , ijie tumpang gembira.. ingt. penghrapan itu satu doa!
Post a Comment