Sunday, August 15, 2010

Catatan #25 : Buang Bayi




“KES PEMBUANGAN BAYI”

Sedih bila tengok Buletin Utama tadi..Sepanjang tahun ini, sebanyak 64 kes pembuangan bayi..Secara purata 8 kes setiap bulan dilaporkan..Adakah bayi ini hasil dari Sambutan Tahun Baru? Opsss..Serius sedih! Kenapa berani buat tak berani tanggung..Inilah dia akibat terlalu taksub dalam bercinta..Dah tak tahun nak beza halal haram..Nak buat elok nikah dulu..Sebab rata rata pembuangan bayi di negara kita dilakukan oleh remaja yang belum berkahwin..Ish ish ish..Emak aku selalu kata "mereka ni ingat tak sakit kot beranak tu.. itu yang sedap je buang bayi..". Aku no komen! Tapi ada betul jugak! Ada orang yang dah berkahwin pegi buang anak? Takde kan? Sebab emak mana tak sayang anak? Dan korang kena lihat, dalam banyak banyak kes pembuangan bayi ini semuanya cukup sifat..Ibu bapa yang punya anak istimewa (OKU) pun tak sampai hati nak buang bayi tahu..Inikan pula bayi yang sempurna takde cacat anggota badannya..






17 Komen Orang Bijak:

Nur Areefah said... Reply To This Comment

tu kes yang dapat dikesan, yang tak dapat, tak tahu la beapa banyak kannn~

ima said... Reply To This Comment

xpatut dorang nie.
yer pun, jgn r bunuh.
ade org susa sgt nk dpt anak.
dorang yg senang dpt, ley plak buang2.
xpatut2~

AiDa AzRyN said... Reply To This Comment

gler je.. buang anak.. suka ati j..

Along Tapa said... Reply To This Comment

nak selesai??senang jek...kerajaan turunkan harga barang balik, selesai masalah..sebab, bila harga turun, makbapak takyah kije siang malam..ada banyak masa nak perhati anak2...jadik, agak terkawal la sikit masalah tu...pendapat ko cemana??

Blog nostalgia budak Muor - Aku dicuit

sizuka[Izzati] said... Reply To This Comment

huhu.kalau perasan ramai budak yg baru nak naik buat keje2 mcm nih.aigooo~

eelobor said... Reply To This Comment

walaupun telah di umum pelaku kes buang bayi akan di dakwa dengan hukuman lebih berat tapi masih tetap berlaku. undang2 di permainkan? pihak berkuasa di perlekehkan? mereka ttp tidak takut selagi hawa nafsu bermaharajalela.

Yanie J said... Reply To This Comment

buang bayi ni dah jadi trend.hr2 tgk berita ade je kes.buang macam buang sampah...!! haishh, mana pigi diorg punya sifat kemanusiaan

+akufobia+ said... Reply To This Comment

macam biasa.kurang didikan agama.jiwa kosong.takde matlamat hidup.

Bidadari fiza said... Reply To This Comment

Geramnya kat orang yg buang baby ni..heee...=(

♥ Nasiha Sakinah ♥ said... Reply To This Comment

perkara ni mmg wat sakit aty..
tp kan..even ad tindakan keras kan, diorg still wat.. ikut nafsu then xguna otak langsung tuk fkir baik buruk.. baby tu mmg cian giler2 kot..
diorg pun nk idop gak.. xpsal2 org xbertnggungjwb yg bernafsukan "setan" ni wat bnde yg diorg sndiri taw bsar salah n dosanya..
isk3.. ;(

ASaDa RyutaRo said... Reply To This Comment

uhh... susah dah bila benda ni tak d kontrol dari akar umbi. dari awal kena bendung, sepatutnya dalam family kena jaga2 dah.. yg terlibat ramainya di kalangan pelajar yg masih bergantung pada family..

ASaDa RyutaRo said... Reply To This Comment

tapi susah jugak kalau dah anak yang jenis degil keras kepala tahap susah nak benam nasihat.. uhh!

musethekiller@josh said... Reply To This Comment

kuang hajar betol manusia yang buang bayi. tak layak panggil manusia la. lagi terok dari binatang. jika hukum hudud dijalankan. takkan timbul perkara sebegini. janji Allah itu benar.

Mohamad Nur Hidayat said... Reply To This Comment

dah tak larat nak tengok kekejamam manusia macam ni..dah teruk sangat

Anonymous said... Reply To This Comment

manusia dh x ade blas kasihan .. nak wat mcm mn..x ade otak..
kta pun sdh gak..
x reti pkir..

MASA said... Reply To This Comment

kes2 macam ni banyak berlaku sebab hubungan luar nikah. bernikah je la bagi yg dah tak tahan tu...
tapi bila fikir balik mak bapak belah perempuan mintak beribu-ribu sampai tersekat si lelaki nak nikah..si perempuan pun tak tahan tapi tahu si lelaki tak mampu nak bayar hantaran ribu2..penyelesaian mudahnya..tahu2 je dah jadi punca kes buang bayi.

normie said... Reply To This Comment

ya allah.. kenapa tergamaknya mereka2 ini membuang bayi yg tak berdosa itu.. dimana letaknya hati dan perasaan mereka.. yang lebih menyedihkan kebanyakannya remaja2 yang beragama islam.. tidak takut kah mereka ini kepada allah..