Wednesday, July 06, 2011

Bila Perhimpunan Bersih Dalam Stadium, Nak Live Dalam TV Boleh?

*Kredit : Google*

Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini (Sabtu) akhirnya telah bertukar dari demontrasi di jalanan kepada perhimpunan dalam stadium.. Tetapi stadium mana--masih belum dikenalpasti.. Alangkah baiknya~ Tapi aku harap perhimpunan itu benar benar aman.. Sebab bila terlalu ramai orang dengan ketidaksamaan pendirian politik, maka keadaan mungkin tidak terkawal.. Jadi, aku rasa eloklah dibuat siaran langsung atau 'live' dari stadium itu nanti.. Sekurang kurangnya boleh kurangkan jumlah yang datang ke stadium..

*Kredit : Malaysiakini*

Rampasan sejumlah besar senjata telah dilakukan pihak polis di sekitar Lembah Klang semalam.. Untuk berita penuh [KLiK SiNi].. Bayangkan kalau perhimpunan Bersih 2.0 masih diteruskan atas jalan raya??? Mana mungkin kita boleh terima ianya sebagai satu demonstrasi jalanan yang bersih andaikata senjata sedemikian di bawa bersama??? Huhh.. Aku plak yang rasa gerun sebab takut takut bila ade yang tengah berucap dibalingnya mercun ke, botol ke.. Jadi kalau boleh, piintu stadium nanti harus dibekalkan dengan 'sensor' yang ade kat airport tu, untuk kenalpasti besi dan alatan tajam.. Kalau ade tu, berbunyilah ia.. Pastu ade lah pihak kastam cek satu badan.. Maaf, aku tak tahu nama alat tu yang sebetulnya..

10 Komen Orang Bijak:

Muhamad Zaki Zafir said... Reply To This Comment

bom molotov tudung pink belah kanan tu memang tak masuk akal.bom jenis tu org buat pakai botol kaca, so baling nanti pecah n terbakar.tapi yg dlm gmbr tu, pakai botol plastik.so logik tak kalau nak buat tu baling bom? ke fitnah je semua ni?

Hazmin Hamudin said... Reply To This Comment

siaran langsung bola pun susah nak buat, ni plak nak buat siaran langsung perhimpunan bersih..kihkih..angan-angan je kot...

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

nak buat dalam stadium pulak..jangan dibakar stadium sudahlah kekekeke

intan.maisarah said... Reply To This Comment

kenapa siap ada parang bagai ni?
ish

pizli.mw said... Reply To This Comment

Gila.. Parang semua..

NIA said... Reply To This Comment

gila ah.macam nak berperang je gayanya.

mr.syazwan said... Reply To This Comment

SELAMAT POLIS CPT BERTINDAK

ana said... Reply To This Comment

emmm...macam2 hal.

yanamib said... Reply To This Comment

sebabkn mende ni, polis buat roadblock merata², jem gila vavi tahap dewa pagi nih tahu?? grrr~ klu hari ni dh start buat roadblock, esok lusa mesti lagi jem! menyusahkan orang..! grr~

Mario said... Reply To This Comment

hrp2 seme ok je la eh...buat dgn aman...takdelah org marah2 lg kan...