Tuesday, July 12, 2011

Si A dan Si B Berdebat Tentang Perhimpunan Bersih 2.0



Apa tujuan Bersih 2.0 yang anda faham?

Si A : Bersih adalah gabungan pilihanraya yang bersih dan adil.. Mahu membersihkan pilihanraya yang kotor dengan membuat perhimpunan secara aman untuk menghantar memorandum tentang 8 tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong..

Si B : Menuntut pilihanraya yang bersih, telus dan adil dengan mengemukakan 8 tuntutan serta mengadakan perhimpunan Bersih 2.0. Namun disebaliknya, terdapat agenda tersembunyi.. Ramai yang berpendapat bahawa perhimpunan Bersih juga bertujuan untuk merealisasikan impian Anwar menjadi Perdana Menteri.. Dan tidak terlepas juga andaian tentang Anwar yang telah berjaya mencari helah untuk tidak hadir ke mahkamah pada 16 Julai ini untuk membela diri atas pertuduhan salah laku seks.. Ini disebabkan dia telah masuk ke hospital akibat kecederaan yang dialami semasa perhimpunan Sabtu lalu..

Adakah anda sokong Bersih 2.0? Mengapa?

Si A : Saya sokong 100% kerana saya mahu pilihanraya yang bersih, telus dan adil.. BN main kotor.. Pakai undi hantu!

Si B : Saya tidak sokong kerana pada hemat saya, pilihanraya di negara ini bakal memasuki angka ke13.. Andai kata pilihanraya kotor, mana mungkin Kelantan berjaya dipegang oleh PAS dan ditadbir oleh Nik Aziz selama lebih 21 tahun.. Pada PRU12, sebanyak 5 buah negeri telah berjaya diambil oleh pihak pembangkang, jadi dimana kotornya pilihanraya? Apakah pilihanraya 'Bersih' hanya apabila semua negeri di Malaysia di tangan Pakatan Rakyat? Ketika itu juga kerajaan negara pastinya di bawah naungan Pakatan Rakyat.. Siapa pula Perdana Menteri? Melayukah? Islamkah? Bukan mahu bercakap soal perkauman tetapi zaman sekarang isu agama dan kaum seolah olah tiada sensitivitinya.. Ingatkah lagi isu tentang agama Kristian sebagai agama rasmi yang menjadi tajuk panas sebelum ini?

Anda kenal Datuk Ambiga? Siapa beliau?

Si A : Kenal. Beliau adalah pengerusi perhimpunan Bersih 2.0 dan beliau juga seorang peguam.. Saya tidak kisah tentang Datuk Ambiga yang dikaitkan dengan kes Lina Joy sebelum ini kerana saya hanya menyokong perhimpunan Bersih 2.0 yang bertujuan menuntut pilihanraya yang adil dan telus..

Si B : Kenal. Beliau adalah pengerusi perhimpunan Bersih 2.0 dan beliau juga telah menjadi peguambela ke atas kes Lina Joy yang murtad untuk menukar status agama.. Beliau juga merupakan penganjur forum pertikaian kuasa Mahkamah Syarie tentang status muallaf dan pemberi guaman percuma untuk orang Islam yang murtad ke Mahkamah Persekutuan.. Dan yang plaing penting beliau pendokong kepada penubuhan IFC.. Apa itu IFC? [KLiK SiNi]

Adakah perhimpunan Bersih 2.0 berjaya?

Si A : Berjaya.. Ramai yang turun ke jalanan walaupun polis telah sekat banyak laluan masuk tapi sokongan padu penyokong Bersih amat memberansangkan..

Si B : Ya, berjaya memecahbelahkan perpaduan kaum terutama pertembungan 2 kumpulan melayu yang menyokong serta yang membantah.. Semua ini hanya sia sia dan memalukan negara Malaysia di mata dunia.. Langsung tidak mendapat apa apa keuntungan malahan meragut nyawa..

Adakah pihak polis dan FRU berjaya mengawal keadaan?

Si A : Ya, dengan kekerasan dan kekejaman.. Sekiranya polis dan FRU tidak ada, perhimpunan akan berjalan seperti sediakala (aman).. Polis dan FRU yang bertanggungjawab ke atas huru hara kerana telah menyimbah air serta gas pemedih mata..

Si B : Ya, polis dan FRU telah melakukan tugas dengan sebaiknya.. Walaupun terpaksa menggunakan semburan gas pemedih mata.. Sebelum ini pihak polis sememangnya telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak turun ke perhimpunan Bersih 2.0 kerana ianya haram.. Jadi, apa pun yang berlaku pada Sabtu lepas bukanlah salah pihak berkuasa kerana mereka hanya menjalankan tugas.. Bagaimana polis nak bersikap lemah lembut untuk berdepan dengan manusia yang begitu ramai?



*Si A dan Si B tidak merujuk kepada sapa sapa pun tetapi ia mungkin menjadi salah satu jawapan dalam kepala korang jugak.. Bukan untuk menghasut atau memfitnah tetapi semuanya adalah realiti pandangan orang yang berbeza.. Kita ada otak, kita fikir mana yang baik~

35 Komen Orang Bijak:

schaze zainn said... Reply To This Comment

saya sokong BERSIH buang masa dan menyusahkan rakyat jelata.
tambahan pula, ia seperti ingin memanipulasi dan melupakan pemikiran rakyat terhadap kes-kes Anuar sebelum ini.
selain itu, perhimpunan sebegini hanyalah mencetuskan lagi perkauman.

p/s: ulasan yang panjang..hihi

PAPA GOMO said... Reply To This Comment

kupasan menarik TERBAIK lah...huhuhu

velasrizal said... Reply To This Comment

weh aku nk lantik penulis blog ni join persatuan bangsa-bangsa bersatu (pbb)

saiazuan said... Reply To This Comment

aku sntiasa hate si A.. memang diorng la lalang dlm malaysia ni

#4
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/atwr-comic-4-budak-budak.html

Muhamad Zaki Zafir said... Reply To This Comment

nk ulas lebih psl jwpn si A psl ambiga:

ambiga berkait dgn kes lina joy dan tuntutan2nya.tp saya prcaya, kita punyai agong sbg ketua agama islam,dan perlembagaan meletakkan agama islam sbg agama rasmi,jd ambiga xkn blh berbuat apa2 walau bising mana pun dia.

isunya apa yg org islam sndiri buat utk memantapkan akidah skrg ni.konsert2 siapa yg majoriti yg hadir, mentor af dsb siapa yg masuk brtanding,terkinja2 di atas pentas & penonton2 yg brsorak sorai lelaki perempuan.sumenye majoriti org islam sndiri.jd xprlu ambiga pun,islam kita skrg dh entah kemana2. :)

Rafikasastras said... Reply To This Comment

Semoga adik-adik di sini terus menjadi warganegara yang bertanggung-jawab dan bijaksana :)

merahitujambu said... Reply To This Comment

itu yang di banggakan oleh rakyat dengan BERSIH ni???amiga tu nk jatuhkan org islam...nak ke org bukan muslim jadi PM??nk ke anuar yang mcm tu nk PM??bersih laa sgt..grrrrr..menyampah aku...aaaaaAAA aku xnk ckp apa pon..aku menyampah...

Blog Hangit said... Reply To This Comment

tahniah..anda begitu berani bersuara dan menentang Bersih secara terangan..teruskan usaha anda..saya menyokong dari belakang

Naz Zara said... Reply To This Comment

BERSIH lah gilak..mun personal opinion kmk, BERSIH xda lain dari utk memecahbelahkan org2 melayu d msia..kpd org yg myokong BERSIH, buka mata, buka hati..fikir balit betapa senang n aman hidip kta seblm tok..

Anonymous said... Reply To This Comment

kahkahkah

Anonymous said... Reply To This Comment

Perhimpunan bersih dan suara rakyat konon... Macam mana dengan suara rakyat yang mahu keamanan.. Golongan nie sebenarnya lebih ramai... Tapi kebanyakannya senyap je dan maleh nak bertengkar pasal politik... Bersihkan ambiga dulu la baru cerita pasal bersih yang lain... Ambiga penyokong murtad...

Orang Kampung said... Reply To This Comment

hhahaaha..
nmpk sgt tak sokong bersih.. hihi
msing2 ada pndpt trsendri..
berani kerana benar.. hihi

De Mois said... Reply To This Comment

Kesian anda2 diatas ni kerana tidak mengetahui berita sebenar. Jangan dipergulakan kerajaan lagi.

Baca ini untuk keterangan lanjut:
Mesej jelas rakyat untuk Najib

SHIEmah Shiemillionaire said... Reply To This Comment

this means A menyokong BERSIH & B x skong.. ak fhm penulis actly nk tulis sal pndpt kdua2 blh phak..

tp pndapat nye sngt x seimbang..
means A konon nk sokong..tp ulasan nye sket..
B punyer ayat panjang gler kot..

nmpk sngt penulis x menyelamin kedua2 belah pihak..if nk buat entry cmni.better make it balance..

x pn..ko buat la trus entry yg lebey more kpd si B..

last but not least..maaf if ak t'kasar bhse..sori..ak t'emo sket..

Anonymous said... Reply To This Comment

Tahniah adik..
Kupasan yg baik dari hati adik yg suci..
Keep it up

d_tieah said... Reply To This Comment

semua salah. serius. SEMUA salah. yang corrupt tak nak mengaku. yang kurang corrupt pun PERCAYALAH akan corrupt bila sudah hadap duit. yang mengikut --jadi buta.

kalau betul memang hendak betul2; masa menghadap agung awal2 dulu BOLEH saja b...agikan momorandum. tapi taknak. takpe. dah dapat stadium, BOLEH saja terus pergi. ini tidak. h...endak juga berarak. yang dah dapat berarak, aman apa kalau jalan2 jerit2 ayat provokasi, jerit2 anjing babi segala. yang polis pun, DAH TAU perangan manusia suka cari pasal, yang dilayan kenapa.

semua salah.

tapi yang paling salah, org berkecuali macam kami. dipanggil anjing tak bertelur sebab tak mahu terlibat dgn mana2. kami bukan peduli siapa itu siapa. tapi kami sedar, belajar tinggi kerana duit negara. mak bapak kami makan pencen dari negara. macam2. susah nak jaga hati semua. (Fynn Jamal, Julai 2011)

d_tieah said... Reply To This Comment

anak2 malaysia kena belajar sejarah dunia dan kesusasteraan dunia dulu baru faham maksud kerajaan kejam, pemimpin zalim. pergh. setakat rasa tidakdiadilkan tu, JAUH dari apa yang Idi Amin buat pada Uganda, Mao Zedong buat pada China. stok TEMBAK MATI terus. takde kesian punya. (Fynn Jamal, Julai 2011)

Mario said... Reply To This Comment

mmm...ntahlah...tapi baca my latest n3...kita tgk dr sisi lain pulak...

sazali yusof said... Reply To This Comment

Terbaik.. penulisan yang berfakta macmnilah yang kita nak.. thanx kerana membantu kami untuk mempertahankan keamanan negara...

Anonymous said... Reply To This Comment

Kenapa dinamakan bersih? Kerana sudah tahu isinya Kotor. Apa tidak kotornya, kata nak serah memo kepada Agong, tapi dah jumpa tak serah pun. Hari 9 julai pun tak serah juga. Kalau perkara yang terang boleh tipu, apatah lagi yang tersembunyi. Penipu akan sentiasa menipu.

KL BOYZ said... Reply To This Comment

Penerangan yang cukup jelas, terbaik..!!

Harap dapat dilink blog KL BOYZ disini..Terima Kasih..

http://klboyzwangsa.blogspot.com/

Подтверждаю said... Reply To This Comment

as salam..
kalau pakcik, ikut stail tun mahathir antara yang senang.

hak kemanusiaan la konon. haih..kata tieah tu betul. generasi zaman seakrang ni ramai tak faham apa erti keadilan. baru satu isu pilihan raya, dah dijadikan modal menjatuhkan pemimpin. pikir la sikit kan..

kalau negara ni dapat kat parti yang tka mampu buat apa2, apa jadi malaysia? boleh bercerai berai. baru dapat peluang mentadbir negeri, dah kacau bilau. tu belum lagi negara.

bukan menidakkan keadilan, cuma, mana yang bertentangan dengan agama, kita tentang. tapi jangan sampai isu minyak, rasuah semua tu, dah nak bertelagah sesama sendiri.

pada pakcik, yang timbulkan masalah kepada negara ni, patutnya disumbat dalam penjara terus. jangan bagi muka. macma cara tun mahathir la.
kita tak mahu lebih ramai boleh dimurtadkan dengan senang lenang. betul Islam tak melarang paksaan beragama. tapi kena ingat. bila dah masuk, bukan boleh senang-senang tinggglkan. tu pun masih ada belas.
haih..ti

pakcik nak bagitau ni melalui entri pakcik~
tieah perlu tahu,penyakit arthritis boleh berlaku pada blogger.Maka..


Ikhtiarkan cara Mengubatinya Guna Surah. Insya'Allah mujarab.


by : http://fadzli-rt.blogspot.com

Gee said... Reply To This Comment

apa kata jom kita tgk nie...cuba anda fikir...buka fikiran kita...

http://www.youtube.com/watch?v=uqRwnhyCl24&feature=youtu.be

http://sayatulisblog.blogspot.com/2011/07/tuntutan-ambiga-melalui-ifc-dan-maksud.html

Gee said... Reply To This Comment

nice entry..tahniah jom sama2 fikir

BRO_MONDAY said... Reply To This Comment

miss tieah : banyak gak komen² di atas ni yam ai setuju dan ada betulnya...

lalink7 said... Reply To This Comment

truthly speaking..husz si B.. =)

vkusral said... Reply To This Comment

Kami para pemuda di Indonesia pun menunggu saat tiba masanya Revolusi Tukar sisten Tukar Rejim.

Indonesia kini masih dipimpin oleh para koruptor dan para tokoh neo-imperialis/kolonialis sejak 1965.

Revolusi 1998 di Indonesia adalah revolusi yang gagal. Pengikut Soeharto yang kejam sekarang memimpin Indonesia. Susilo Bambang Yudhoyono adalah koruptor wang negara sebanyak Rp6,700,000,000,000,00 equivalent US $ 153,000,000.00

Diana @ bilakukatacinta said... Reply To This Comment

salam dear: i tak kira..i tak suke...benda2 yg akan merosakkan ape2..walau apepon reasonnya..demonstrasi bukan cara terbaik utk menyelesaikan mslh.. (dis my true opinion..ok)

Подтверждаю said... Reply To This Comment

as salam..
mana tieah lama tak update ni?
pakcik ngulau up trafik hari ni~

;)


alang-alang dah datang, pakcik nak tanya nih~
tieah tahu tak apa benda..

Isle Of Man? adei..pakcik tersalah jawab. gagal.haih..

>_<


by : http://fadzli-rt.blogspot.com

mykhalis said... Reply To This Comment

kalau boleh biarla jawapan u tu panjang dan padat beserta sumber macam jawapan B..baru adil dan saksama

bunga said... Reply To This Comment

dalam penelitian..dan masih menkaji..

puteri ain said... Reply To This Comment

haha ,amik . terbaek la ;) heeh

puteri ain said... Reply To This Comment

haha ,amik . terbaek la ;) heeh

AmirFX said... Reply To This Comment

Human have their own rights.. hmm..

Roti Telur said... Reply To This Comment

bersih dan patriot sama-sama bodoh.puiii..