Tuesday, July 13, 2010

Catatan Kesebelas : Berani

Apa apa sahaja yang berkaitan dengan hati ni memang sakit. Betul tak bro? Alaaa, mat rock yang selalu pegang gitar pun kalau putus cinta, boleh bertukar nyanyian dia tahu! Semua orang tak kira lelaki atau perempuan akan rasa sakit hati. Siapa tak pernah rasa sah bukan manusia.

Tapi kadang kadang sakit pada hati ini sebenanrnya perlu jugak untuk kita sedar dan rawat hati kita. Cuma masalah kalau dah jatuh hati! Bagaimana untuk meluahkan. Lagi lagi kaum hawa. Kaum adam takde hal bro! Perempuan ni reject dia, dia cari perempuan lain.. Tapi tidak bagi seorang perempuan. (Atau mungkin aku seorang je kot rasa macam ni) Perempuan kalau dia sudah cinta, selamanya dia cinta sama macam benci! Sekali dia membenci, selamanya dia terus membenci.

Malangnya bila perempuan jatuh hati pada lelaki dia terpaksa sembunyikan. Malu konon dicop perigi cari timba. Tetapi kalaulah tak diluah bagaimana orang itu nak tahukan? So, nak tak nak kena berani meluahkan. Orang kata "katakanlah yang benar walaupun pahit". Aku rasa boleh diguna ungkapan itu sebab pahit itu merujuk apakah dia akan kecewa atau gembira ; ianya melambangkan perasaan. Kalau diterima gembira kalau ditolak kecewa. Mudah.


p/s : Aku rasa aku seorang yang berani untuk meluah cuma masih takde lelaki yang bertuah. Hahaha.

1 Komen Orang Bijak:

Nur S. said... Reply To This Comment

tanpa keberanian, mimpi tak jadi kenyataan =)