Wednesday, July 14, 2010

Catatan KeduaBelas : Wahai Adam

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
"Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam,
bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya,
bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, 
malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya,
 dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai"

Wahai A.D.A.M
Sedarilah bahawa aku H.A.W.A
yang tercipta untukmu..

Adam,
Hawa memerlukan bimbingan dari engkau,
Tapi mengapa Hawa ditinggalkan terkapai kapai..
Apa engkau lupa tanggungjawabmu?

Adam,
Engkau punya 9 akal manakala Hawa punya 9 nafsu,
Engkau selayaknya menjadi pemimpin,
Namun sekarang sebaliknya..

Adam,
Ingatlah bahawa Hawa bukan dicipta dari kepalamu,
Kerana Hawa bukan untuk dijunjung,
Kerana Hawa juga bukan untuk diagung agungkan..

Adam,
Ingatlah bahawa Hawa bukan dicipta dari kakimu,
Kerana Hawa bukan bahan sepakanmu,
Kerana Hawa juga bukan untuk disia2 siakan..

Adam,
Engkau perlu tahu bahawa Hawa dicipta dari tulang rusukmu,
Supaya sentiasa berada disampingmu,
Tika senang mahupun susah..
Untuk mengecap kebahagiaan di dunia dan di akhirat..





p/s : Aku lupa dimana aku cilok benda ni! Hahaha.

3 Komen Orang Bijak:

hakimfaridzul said... Reply To This Comment

hurm.....

renungan!

suka ayat yang hawa dari tulang rusukmu, sebab itu perlu sentiasa disamping mu~

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said... Reply To This Comment

salam...

hai..mama adam dtg singgah. wah sungguh bagus penulisan mu.

selamat berkenalan.

En. Reen said... Reply To This Comment

menarik dan tertarik...
nice~~ekekek salam kenal~