Wednesday, August 04, 2010

Catatan #21 : Istimewa SITI

SITI KHADIJAH
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w..Seorang yang sangat setia, penyokong kuat suaminya walaupun ditentang hebat oleh orang2 kafir dan musyrik..Beliau juga yang bertanggungjawab menghantar makanan kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda beribadat di Gua Hira'..

SITI FATIMAH
Beliau adalah anak Rasulullah s.a.w..Seorang isteri kepada Saidina Ali dan setia pada suaminya walaupun miskin..Mereka tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang2 hanya menggunakan lengan Ali..
Rasulullah s.a.w juga pernah berkata "Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali memaafkanmu"..

SITI AISHAH
Juga merupakan isteri Rasulullah s.a.w.. Dan baginda memanggilnya dengan gelaran Humairah (pipi merah)..Beliau seorang isteri yang sangat romantik, serta sanggup berkongsi bekas yang sama dengan suaminya..

SITI HAJAR
Isteri kepada nabi Ibrahim..Seorang yang patuh kepada suaminya dan suruhan Allah..Sanggup ditinggalkan oleh nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan..Berjuang mencari air untuk anaknya nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu mithali)..

SITI MARIAM
Wanita suci yang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan nabi Isa..

SITI ASIAH
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihidapinya daripada Firaun Laknatullah..

SITI AMINAH
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah s.a.w serta mendidik baginda menjadi insan yang terpuji..

SITI MUTI'AH
Isteri yang patut dicontohi dan telah dijanjikan Allah syurga untuknya kerana kesetiaannya terhadap suaminya..Beliau menjaga makan minum serta turut menyediakan tongkat kepada suaminya untuk dipukul sekiranya layanan yang diberikan beliau tidak memuaskan hati..Beliau juga hanya berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.. (Dah macam nama aku daa~ So kepada bakal suamiku, insya Allah saya akan jadi seperti ini.. Hehehe..)


SITI ZUBAIDAH
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri kepada  Khalifah Harun Al-Rashid..Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai, hanya niat kerana Allah s.w.t..

Wallahualam.. 


p/s : 9 Siti ni diambil dari ceramah Ustazah Siti Norbahyah dalam rancangan Halaqah di TV9 yang bertajuk "Siti Impian"..  
p/ss : So, korang nak pilih SITI mana? Dekat Malaysia ni banyak sangat SITI..
Siti Nurhaliza, Siti Sarah, Siti Nordiana, Siti Saerah, Siti Musliha? Kenal tak dia ni? Ingat?
Jadi macam Ustazah Siti Norbayah la yang paling elok..

11 Komen Orang Bijak:

yanamib said... Reply To This Comment

nama sy siti liyana...obviously xde dlm list sejarah islam tu tsk tsk T__T

adek sy nama siti aminah..*wink²*

sy vanggaaaaa dengan nama siti...huhuhu~ =)

Anonymous said... Reply To This Comment

suker ustazah siti norbayah tu.. ^_^

zikrie said... Reply To This Comment

awk, klu sy nk jd siti blh ke??
hekhekhek..x)
gurau je..
nice entry..x)

CIK TOM said... Reply To This Comment

nama cik tom xde siti..
tapi nak sgt jd cam siti2 kat atas ni..ngee~

diraja22 said... Reply To This Comment

siti d_hatie ada ke..

Unknown said... Reply To This Comment

nk mcm siti2...tp nmas sy pngkal nur..huhuh

sud@is said... Reply To This Comment

salam
n3 bagus untuk dikongsi timakasih

NSFM said... Reply To This Comment

awk. ni yg bangge name kite ada siti fatimah :) hehehe~

ILA HonEyBuNNy said... Reply To This Comment

nice entry...ila siti fadhilah..ehheheh...xdk jugak..aiya...

Along Tapa said... Reply To This Comment

secara jelas dan nyatanya nama aku takde siti!!!!!!ek?????

Blog nostalgia budak Muor - Kegembiraan waktu tidur..

Captain said... Reply To This Comment

Salam ziarah,

Dah baca ke pasal siti Nurhaliza?