Friday, July 01, 2011

Pilihanraya Kita Sistematik, Tidak Perlu Pembaharuan


“KALAU kata PRU (pilihan raya umum) kita tak bagus macam mana kita (Barisan Nasional) kalah lima negeri atau 82 kerusi. Kalau bersih dan telus yang dimaksudkan pembangkang ialah mereka menang semua 22 kerusi. Baik ambil saja tidak perlu adakan pilihan raya".

“Nama saja peguam tapi bodoh membandingkan perhimpunan haram anjurannya dengan demonstrasi Mesir. Mesir mana ada pilihan raya. Di Malaysia, kita dah masuk PRU13,” tempelak Nazri. 

“Dia nak buat perbandingan dengan negara mana? India? Di India memang menggunakan dakwat kekal kerana tidak mempunyai daftar pengundi. Sistem di India, rakyatnya boleh mengundi di mana mereka berada pada hari itu. Dakwat kekal digunakan bagi membuktikan pengundi telah mengundi. Rakyat India terlalu ramai dan ada yang buta huruf kerana itu mereka menggunakan dakwat kekal. 

“Di Malaysia ada daftar pengundi dan sistem serta pengundian kita tersusun serta sistematik. Belum pernah lagi ada sejarah atau kes mahkamah membabitkan pengundian berganda. Apa yang pembangkang takutkan sangat,” kata Nazri. 

SPR pernah menggunakan dakwat kekal, bagaimanapun perundangan perlu dikaji terutama apabila ada yang enggan dicalit dengan dakwat kekal. Terkini, SPR mencadangkan supaya digunakan sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi pada PRU13 nanti. 



Katanya, pendaftaran automatik memberi kesan kepada peratusan keluar undi kerana pengundi berdaftar adalah mereka yang berminat. 

Tetapi lebih penting kata Nazri, dalam amalan demokrasi tidak ada paksaan untuk mengundi dan di bawah Perlembagaan Malaysia, mengundi adalah hak mutlak rakyat. 

“Demokrasi bermakna rakyat yang buat pilihan, jika anda mahu hak ini, daftarlah sebagai pengundi. Sekiranya ada yang tidak mahu, kita tidak boleh memaksa. 

“Kalau pembangkang mahu sangat menggunakan dakwat kekal tapi ada rakyat yang tidak mahu, tidak ada siapa boleh memaksa mereka supaya tangan mereka dicalit,” tambah Nazri. 

Tuduhan pembangkang ada rakyat asing menjadi pengundi mengundang sindiran Nazri: “Kita dah kata kalau ada pengundi rakyat asing, tunjuk pada kita. Kita ada pendaftaran cukup lengkap kerana SPR sudah melakukan kerja ini sejak lebih 50 tahun lalu. Semua pengundi ada IC (kad pengenalan).” 

Berita Penuh [KLiK SiNi]

*Aku bukan anti-BERSIH tapi masalahnya perhimpunan haram tu.. SPR dah bersedia nak berbincang tapi Ambiga kata sudah terlambat.. Aku baca dalam Keadilan Daily.. Jangan ingat aku baca artikel sebelah pihak je.. Aku keluarkan entry yang copy+paste sebelum ni untuk ajak kita berfikir kalau kita berlainan pendapat tu, maaflah ye.. :)

17 Komen Orang Bijak:

Hans Hanis said... Reply To This Comment

yups
aku pun xtahu sapa yg benar
:-)

Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis

merahitujambu said... Reply To This Comment

wah...semakin senggit..tapi kalau cari kebenaran itu bagus...aku setuju dgn ko...kita kalau nk sokong mana2 pehak biar ada bukti..jgn tunding jari..=)

yanamib said... Reply To This Comment

suka point nazri tu..fakta sumenye =)

letih aa bc isu mcm ni mcm xpernah nk settle..ada je xpuas hati..hurmm =.=

mr.syazwan said... Reply To This Comment

tadi solat baru jumpa najib dia kata pilihan raya akan tiba so bersiap sedia..

timbang2kan lah

hahaha

puteri ain said... Reply To This Comment

politik. err . tak tahu dan x minat sgt , hehe

Syahir Ramli said... Reply To This Comment

tunggu dan lihat jela 9 julai nnt...haha

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

rusuhan bersih ni bukan pasal pilihanraya..sebenarnya dorang nak alihkan perhatian sebab 9 julai nanti kes liwat anwar dah sampai jalan buntu..dah sah semua bukti memang anwar yang liwat.

rusuhan ni sama macam tahun 1998 masa mula2 kes liwat dia..tapi Tun dapat patahkan rusuhan tu dan sumbat anwar dalam ISA.

sepatutnya ambiga ni pun disumbat dalam ISA.malangnya menteri kdn kita ni menteri lemah semangat.

bezanya rusuhan 2011 dengan 1998, yang ini ada campurtangan ejen asing. yang dahulu takde lagi. tapi sekarang agensi asing dah mula masuk campur.

shafiq ahmad said... Reply To This Comment

sokong BERSIH tapi x sokong cara perhimpunan tu

Unknown said... Reply To This Comment

aku setuju dgn kata2 Nazri..
dan jg dhatie..kita baca kedua2 sumber dan kita berfikir mana yg baik & mana yg buruk..mencari kebenaran itu lebih baik.tp sayang nya ada juga bloger/rakyat yg trlalu taksub & suka menuding sana sini.
setakat yg aku tahu, ada beberapa perjumpaan antara Ambiga & SPR, dah byk tuntutannya telah dipenuhi.cuma aku hairan kenapa BERSIH masih mahu diadakan.
kalau betul mahu diadakan..aku harap masing2 menjaga kelakuan..dan jangan ada provokasi.
Aku risau 'the hidden hand'

buaya said... Reply To This Comment

salam ziarah

jom ke blog buaya dan jadi follower sekali l

BRO_MONDAY said... Reply To This Comment

miss tieah : pasal hal ni, ai suka baca saje, dan ai amek mana yam patut jadikan tauladan iktibar dan dorongan mana perlu, dan ai x selalunya percaya bulat2 apa yam ada di dada akhbar dan juga media massa yam ada...apa pun terbaik untuk semua...('',)

zoul said... Reply To This Comment

ermmm betul tu..kne dgr dua2 belah pihak..

Fahmi Jaafar said... Reply To This Comment

cube tanye diri sndiri ape yg korang buat bile ade pihak nk buat konsert ladygaga ke atau mcm dulu adam lambert ke, brape kerat je yg menghalang konsert tu diadakan sedangkan kesan mende2 g melalaikan ni.. merosakkan minda kite je.. tp bile nk buat perhimpunan bersih yg haram kerana xde permit, fuhh.. halang blake deh sedangkan kerosakan yg mungkin berlaku ialah kerosakkan pada infrasturktur je.. fifir2kan n selamat beramal.. hehe.. :)
kalo x setuju xpe, just bagi pendapat je..

velasrizal said... Reply To This Comment

wah entry seo hahaha

iwan_dextrous said... Reply To This Comment

no komen..

CT said... Reply To This Comment

Ntahlah..x minat aarrrr menda2 cmni...:)

Areyoudys said... Reply To This Comment

as salam...
yup. ada point. negara kita berbilang kaum. dan negara kita tak perlu sangat mengikut acauan sistem luar. malaysia ialah malaysia.

sampaikan spr pun nak di jadikan 'kesatuan'

4.Berubat Dengan Minyak Wangi Ka'abah

by : http://fadzli-rt.blogspot.com