Monday, July 04, 2011

Titah Khas Agong Mengenai Perhimpunan Haram 9 Julai

KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

*Teks penuh Titah Khas*

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama


*Malaysia berada pada tangga ke19 dari 150 buah negara lain dalam Indeks Keamanan Global.. Jadi tak kan nak tengok Malaysia jatuh ke nombor 150 kot..

8 Komen Orang Bijak:

Ujang9897 said... Reply To This Comment

menjunjung perintah..=)

merahitujambu said... Reply To This Comment

haaa..kan agong dah bersuara...

Isteri Encek Bard said... Reply To This Comment

suker Agong kita nie, sorang yang sangat bertolak ansur

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

dorang memang nak negara ni hancur..tu pasal dorang merusuh

Hans Hanis said... Reply To This Comment

harap2 9 Julai berakhir dengan aman

Rawatan Resdung

Anonymous said... Reply To This Comment

pasal politik nie, no komen. :D

Pembayar cukai said... Reply To This Comment

eh..nak tau cara tambah pendapatan dari blog , facebook atau twitter? tgk ni http://www.churpchurp.com/godribble/share/thenightrace

Areyoudys said... Reply To This Comment

terlalu taksub..
haih..

iklan entri lagi untuk tieah ;)

Teknologi Cas Bateri Guna Air (RM 48)