Friday, July 01, 2011

Apa Itu PATRIOT?


*PATRIOT – MALAYSIA TANAHAIRKU*

Semua rakyat Malaysia yang ;
  • Sayangkan negara dan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kedaulatan, maruah, nama baik, keamanan dan kemakmuran negara.
  • Mengambil berat dan inginkan masa depan negara dan rakyat yang lebih baik.
  • Bersikap konstruktif, saling hormat menghormati dan mengutamakan permuafakatan dalam melaksanakan pembaharuan.
  • Menolak budaya politik jalanan dan hostile serta menyelar sebarang tindakan yang boleh menyebabkan ketidak selesaan terhadap rakyat dan mengakibatkan kekacauan melanda negara.
Kenapa???

Terdapat pihak yang sanggup melakukan dan mempolitikkan apa saja tanpa mengambil kira keamanan dan keamanan negara, keharmonian kaum dan agama, keselesaan rakyat, pendapatan pemandu teksi dan peniaga kecil, nama baik dan keyakinan terhadap ekonomi dalam negara demi mencapai maksud politik dan kumpulan yang sempit.

Patriot akan membantu negara dari segi memberi input yang baik untuk memastikan kebajikan rakyat diutamakan dan usaha memaju dan memakmurkan negara dapat dilaksanakan oleh kerajaan, parti politik, NGO dan setiap rakyat Malaysia.

Matlamat???

Menghimpunkan seramai mungkin rakyat Malaysia yang sanggup melakukan apa saja demi untuk mempertahankan kedaulatan, maruah, nama baik, keamanan dan kemakmuran negara.

Membawa sebanyak mungkin suara rakyat Malaysia, terutama suara majoriti senyap agar pandangan dan kehendak mereka dapat dirasai oleh pemimpin dan rakyat negara ini. Himpunan PATRIOT 2011 secara rasmi akan terbatal jika perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan!

Klik untuk ke;
*Web Rasmi PATRIOT (Copy+Paste dari sini)
*Badge PATRIOT (Profile Picture Facebook)

10 Komen Orang Bijak:

Areyoudys said... Reply To This Comment

as salam..
oo..baguih. mengelakkan penularan Budaya jalanan. lagipun budaya sosialisme dah makin berkembang. bahaya oo..

pakcik ingatkan patriot metak gear solid.hehe


Blogger Ter-buta Dari Nama Pena Sendiri

Isra' Mikraj Dari Sudut Teori Saintifik Albert Eistein

Berubat Dengan Minyak Wangi Ka'abah

Tutorial Posting Entri ketika Dashboard Tak Boleh Di Akses.

manggosteen said... Reply To This Comment

himpunan patriot ni dpt permit ke?

Anonymous said... Reply To This Comment

pening2!
dgn politik malaysia!

merahitujambu said... Reply To This Comment

aku masih blur2..tapi aku follow sikit2...

semangat wajar!!aku suka...

Shukjessa said... Reply To This Comment

maaf jika komen aku berbau negatif... cuma ini hanya pendapat aje, aku tak sokong mane2, kerana...

pada aku bersih or patriot, bendanya sama je...

menyusahkan orang ramai... coz...
benda-benda cenggini memang lah nampak niatnya baik tapi once dah di atas jalan raya which demo, dengan tikaman lidah serta caci mencaci, agak2 nye emosi boleh kontrol ke?

kalo betul nak mempertahankan negara bukan begini dengan mewujudkan satu lagi group menentang anti rally jalanan, kononnya... sebab kalo polis tak dapat kawal, last2 nanti yang akan ada adalah pergaduhan besar antara kaum melayu yang disaksikan oleh pelancong2 dan kaum lain. tak malu ke???

so lebih baik serahkan saja pada polis. jangan nak tunjuk hero sangat, nanti orang kata bias bila yang kena tangkap hanyalah si baju kuning walhal yang bergaduhnya 2-2 pihak...

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

patriot..aku tak berkenan sangat dengan dorang ni..sorry to say..dorang cakap nak halang demo haram, tapi dorangpun buat demo haram juga untuk halang sebuah demo haram yang lain.macam mana tu?

dorang pergi kepung bangunan pkr buat apa. tak pasal pasal jadi isu.

kalau lihatpun, sebenarnya masa ni lah semua pemimpin pemuda baik umno atau pkr nak tunjuk kuasa.padahal sebelum ni dorang senyap je..saja nak tunjuk dorang power.

niat dorang baik tapi cara pelaksanaan tak baik..so result nantipun jadi tak baiklah.

Unknown said... Reply To This Comment

aku sokong komen shukjess dgn YB Raz.kdg2 org ni nmpk kelsalahn org lain je,walhal same je mana2 pihak pun.masing2 nak tunjuk yg mana betul.adoii.

yanamib said... Reply To This Comment

aku still loading lg psl ni..dem! --'

BRO_MONDAY said... Reply To This Comment

miss tieah : kata2 shukjessa dan YB RAZ tu ada gak betul nya...apa pun kite amek yam mana betul dan jadikan sempadan mana yam x baik...itu lebih elok...('',)

p/s : logo kat prof.pic FB yu ni kan??? ai laik it...

Anonymous said... Reply To This Comment

Satu cara untuk memahami Patriots adalah dengan membandingkan mereka dengan psikologi bahawa daripada penyokong setia. Labaree (1948) telah mengenalpasti lapan ciri-ciri pengikut setia yang dibuat pada dasarnya mereka konservatif; ciri-ciri bertentangan menyifatkan prajurit. Psikologi, penyokong setia adalah lebih tua, lebih baik ditubuhkan, dan menentang inovasi. Mereka menganggap penentangan terhadap Mahkota-kerajaan yang sah-telah salah dari segi moral, manakala Patriots pemikiran moral berada di pihak mereka. Mereka beri apabila Patriots terpaksa melakukan keganasan seperti membakar rumah-rumah dan tarring dan bulu-bulu. Pengikut setia mahu mengambil tengah-of-kedudukan jalan dan marah apabila dipaksa oleh Patriots mengisytiharkan penentangan mereka. Ramai penyokong setia, terutama peniaga di bandar-bandar pelabuhan, mempunyai lampiran lama sentimental ke Britain (selalunya dengan perniagaan dan keluarga pautan ke bahagian lain Empayar British). Beberapa penyokong setia telah procrastinators yang menyedari bahawa kemerdekaan adalah terikat untuk datang hari nanti, tetapi mahu menangguhkan masa ini; yang Patriots mahu merampas masa ini. Pengikut setia yang berhati-hati dan takut kepada anarki atau kezaliman yang mungkin datang dari hukum rimba; Patriots membuat usaha yang sistematik untuk menggunakan dan mengawal keganasan perusuh. Akhirnya, Labaree berhujah bahawa penyokong setia adalah pesimis yang tidak mempunyai keyakinan Patriots 'bahawa kemerdekaan menanti di hadapan.

Senarai Patriots terkemuka

Kebanyakan individu yang disenaraikan di bawah berkhidmat Revolusi Amerika dalam pelbagai kapasiti.
negarawan dan pemegang jawatan

* John Adams
* John Dickinson
* Benjamin Franklin
* Jonathan Shipley
* William Paca

Patriot wujud utk menukar sistem kerajaan sedia ada..