Hey lelaki, tahukah anda perempuan sayang sebab cinta?
Hey lelaki, tahukah anda perempuan cinta kepada anda?
Hey lelaki, sedarilah bahawa anda telah dipilih oleh perempuan itu.
Dulu aku adalah seorang insan yang agak geli geli juga dengan istilah "cinta". Tak payah nak gelak kalau kau memang kenal siapa aku! Yes, betul aku kasar orangnya. Cemburu itu boleh aku letak antara sifat yang ke99 mungkin yang ada dalam diri ini. Tapi itu dulu sayang! Bukan sekarang. Oh zaman dah berubah. Dulu orang tu tak pakai tudung sekarang tengok dah mula pakai tudung. Alhamdulillah. Itulah perubahan. Baik ke buruk ke berubah tetap berubah jugak. Samalah macam aku. Sekarang aku baru tahu tentang "cinta". Oh silalah gelakkan aku.
Tipulah kalau aku kata tak pernah couple. Tapi tak bertahan lamanya jadi aku tak anggap itu sebuah cinta. Lagi pulak masa itu umur aku baru 20 tahun. Aku tak matang ketika itu. Aku matang setelah aku mendaftar sebagai pengundi. Hahaha. Percayalah. Kawan lelaki itu ramai dan nyaris nak bertukar hubungan teman tapi mesra kepada sesuatu yang istimewa itu tentu saja ada tetapi aku cepat cepat sedar yang aku memang tidak punya hati kepada insan tersebut. Jadi hubungan menjadi renggang dan syukur kerana kami masih berkawan semula baru baru ini. Ahh. Cerita aku jauh tersasar. Bukan ini topik utama.
Cemburu. Aku fikir tiada sebab untuk aku berperasaan sedemikian sebab antara aku dan dia cuma kawan. Yeke? Atau mungkin hubungan atas dasar "kerja kami" sahaja. Aku pun masih panggil dia Encik _________, walaupun kadang kadang tersasul juga panggil awak! Malu. Hahaha. Haish. Tolonglah. Moga perasaan ini boleh bertukar jadi benci. Tak sanggup. Ini pun aku sedang menahan diri untuk tidak menghantar sebarang bbm pada dia. Dia? Tak pernah nak bbm aku dulu. Eh, pernah sekali dan itulah yang pertama dan yang terakhir mungkin.
*Mari layan lagu Ainan Tasneem ni. Dulu aku tak suka tapi bila melihatkan dia, secara tiba tiba lirik lagu ini bermain kat minda dan meniti di bibir.
p/s : Tadi lepak dengan kawan kawan dan mereka ajak makan burger. Dan seperti selalunya aku memang tak boleh habiskan. Dan aku mulai berfikir mungkin ini salah satu sebab mengapa aku jatuh hati pada lelaki XXL.
7 Komen Orang Bijak:
soal hati ni susah nak expect kan? :')
ahahahahhahahaha...
kau memang dah angau laaa...
kalau cinta cakap je cinta..tak payah berpusing pusing macam pakcik anwar :)
@YB Raz
Demyuuu! Kalaulah aku lelaki memang aku dah masuk meminang ok. Hahaha.
cewahhhhh hati tgh berbunga le tuuuu :p
agak sakit menahan perasaan kan..?
bila dah terbit rasa cemburu tu..mmg sah dah ada rasa cinta tak banyak pun..sikit tu pasti ada.. :)
kalau rasa kamu berdua memang tak ada harapan...usaha la sedaya boleh tuk buang perasaan itu..sakit pun sekejap je..
tapi...kalau rasa ada..tak salah kot kalau perempuan mula dulu..lelaki zaman sekarang ni kadang2 sengal sikit...tak cakap..tak tahu.. :)
wish u all the best dear.. (^_^)
angau. ahahaha! sah. confirm. kwn ku mmg dah jatuh cinta tahap dewa :p
Post a Comment