Thursday, October 18, 2012

Catatan #98 : Jururawat Kerajaan

Ketika aku menulis entri ini aku berada di Poliklinik dan seperti kebiasaan penantian itu menguji tahap kesabaran. Aku bukan nak kondem perihal klinik kerajaan yang punya ramai manusia dan kelecehan menunggu dan bila mana nombor giliran tiba perkhidmatan yang diperoleh setanding dengan bayaran RM1 yang dikenakan. Oh. Aku rasa tak perlu dikisahcerita memandangkan rata rata rakyat Malaysia pernah alami sendiri.

Aku cuma nak highlight berkenaan jururawat. Ini pun kes berat. Takut takut jugak aku kena saman. Tapi ini cuma pandangan insan marhain saja. Jadi aku rasa dikecualikan untuk diambil tindakan undang undang. Haha. Ok. Sebenarnya aku macam kesian tengok jururawat perempuan yang veteran. Aku kira bagaimana mereka di usia 60 tahun? Mampukah mereka merawat pesakit atau mereka juga mungkin bergelar pesakit?

Usia persaraan di negara sekarang menjangkau 60 tahun. Yes, ramai yang bangkang sebab bukan atas faktor golongan muda akan bertambah jumlah menganggur je tetapi atas faktor kesihatan dan kecantikan/kelawaan/kehenseman juga (boleh diambilkira sila jangan diremehtemehkan). Tolonglah. 

Maka dengan ini aku rasa kajian menyeluruh harus dilakukan. Eh, dulu usia penjawat awam pencen 55 tahun kemudian dilanjut ke 56 tahun dan bapak aku antara orang yang menikmati lanjutan usia persaraan kerajaan ketika itu. Pada perkiraan aku 55 atau 56 pun sudah memadai memandangkan tahap kesihatan manusia sekarang berada di tahap sederhana. Semalam atau dua hari lepas aku baca dalam surat khabar tentang separuh dari golongan kakitangan kerajaan di Sarawak menghidap sakit darah tinggi. See. Separuh! Bayangkan! Bukan 5% atau 10%. Ini bukti semakin kita lanjut usia semakin kita stress. Ahh. Aku umur muda pun kadang kadang stress jugak.

P/s : Panjang jugak entri ini. Aku fikir nak tulis pendek je. Haha.
P/ss : Aku harap kenalan aku kerja jururawat kat hospital tak kecil hati dan kepada rakan rakan bakal jururawat bekas pelajar Kolej Shahputra Kuantan. Haha. Aku harap korang tak kerja sampai umur 60 tahun!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

12 Komen Orang Bijak:

Rose said... Reply To This Comment

ermm...betul gak tu...rasanya bila dah umur dkt2 60 tu..tahap motivasi kerja+kesihatan akn menurun..

xtau la camner keadaan sy nnt..hihihi

Unknown said... Reply To This Comment

baru sakit darah tinggi, blom kire sakit mental lagi tu..baper peratus ntah dorang cakap hari tu..5% ekkk...ehehe :p

Kak Amy said... Reply To This Comment

PAsni kalau ada yang salah cocok atau salah bagi ubat , jangan nak salahkan pekerja tapi salahkan org yang tut tue yang sibuk nak lanjutkan usia bekerja...

Asyraf_Crescent said... Reply To This Comment

kesian kat makcik nurse kan...btw sakit pe tue gi poliklinik...haha...

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said... Reply To This Comment

xperlu sebernanya dilnjutkn umur persaraan.. kesian kt pak n mak cik n kesian kat belia...

shar90 said... Reply To This Comment

umur pesara naik... jd jawatan kosong yg sepatotnye pon jd kurang sbb dorng xpencen2... hee

ekin musa said... Reply To This Comment

terbaik...aku sendiri x setuju keje sampai 60 thn...patah la tulang belulang aku nnty...hahhaha...=)

Mario said... Reply To This Comment

tula...55 56 ok kot untuk bersara...tp klu tanya yg amik option 60 ni, dorang ckp untuk kemudahan medical....klu dah bersara...medical medical expenses mahal wooo sbb dah tua...nak beli ins pun mahal...

eita said... Reply To This Comment

memang betol sangat2 pun..umur 60 tu dah patut rehat2 kat umah...tenang kan fikiran ...buat amal ibadat...

biar tugas tu di sambung oleh generasi muda yg baru habis belajar plok...

Anonymous said... Reply To This Comment

chemay takmo eh keje sampai umur 60.
satgi jatuh sikit,
pastu chemay yag duduk atas katil pesakit tu.
huhu
T___T

Hazmin Hamudin said... Reply To This Comment

Memang betulpun.. Usia dah beranjak ke 60 tahun tu sebenarnya passion dan minat mereka pada kerja sudah tiada lagi. Tambahan pula kerja kerajaan pada usia macam tu gaji dah statik dan tiada lagi kenaikan yang mereka dapat. Susah tentu mereka bekerja dengan tidak bersungguh.

kemey said... Reply To This Comment

kesian jgak kt penganggur n org yg nk naek jawatan..