Friday, October 12, 2012

Catatan #94 : Perempuan Dan Cermin

Sebagai seorang perempuan, maka aku mengakui cermin itu sebagai pelengkap kepada kehidupan kaum hawa. Aku berani jamin, perempuan dalam sehari memang tak sah kalau tak hadap cermin. Dalam sehari tu jugak, mesti lebih dari satu kali perempuan akan tengok cermin. Dan apabila di hadapan cermin. Berkatalah si perempuan ;
"Alamak, jerawat lah!"

Lalu, aksi memicit jerawat menggunakan jari pun berlaku walhal ramai yang kata kalau kita picit jerawat tu makin menjadilah ia. Tapi perkara itu bagaikan kau mengutuk Buletin Utama tapi kau tetap layan jugak. Gitu. *eh ada kena mengena ke?

Sebenarnya entri ni wujud sebab aku tak boleh tido! Pastu aku takde idea nak update blog. Kebetulan gambar kat atas tu aku ambik sebelum keluar makan dengan kawan tadi. Haha. Tapi memang perempuan gila bergambar depan cermin! Ni fakta. Lagi lagi cermin toilet. Ini nasib baik cermin dalam bilik tidur aku. Aku tak pasti kenapa tapi pada aku, cermin tandas hotel misalnya, cantik dan cahaya lampu menarik.

P/s : Aku nak tido awal tapi tak boleh! Sudahlah esok lepas subuh bukan boleh sambung tido macam selalu.
P/ss : Esok hari penting buat aku. Doakan yang terbaik ya. Selamat malam.
P/sss : Entri ini wujud jugak sebab penangan update blog pakai BB lah ni. Penyakit gian!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

6 Komen Orang Bijak:

Aim Mizie said... Reply To This Comment

Gila!
Kau updated pakai BB? Kalau aku, conform bulat-bulat biji mata aku. Haha.

Sampaikan salam pada 'kawan' kau yang dekat DP BBM kau itu ya sayang.

KuNanGKuNanG said... Reply To This Comment

cmtu le pumpuan..asik nak telek muka je..he3...kt mane2 asal ada cermin mesti pandang punya..:)

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@Aim Mizie
Kau mesti tak tahu boleh update blog pakai BB kan? *jeles lettuww~

Pesanan kau tu berat hati aku nak sampaikan kat "kawan" dalam dp bbm aku. Hancur hati aku kot baca tuit dia jam 2 pagi semalam. :(

Rann said... Reply To This Comment

ngeeee besttt eyyh dapat update blog kei BB. wuhuu .. mesti suma nak apdet. hewhew :3 mun kmk tek sama juak kdak ktk kali. addict! >.<"


*ompuang mmg tak buleh dipisahkan dgn cermin. hoho :D

Fendy said... Reply To This Comment

cermin ibarat kawan kedua kpd wanita..hehe

Encik H said... Reply To This Comment

ada kaitan..sebab aku selalu menyampah tengok buletin utama, tapi aku tengok jugak..

p/s: anggap jerawat tu buletin utama ke?