- Semua sedia maklum, bahawa loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun telah bocor akibat gempa bumi dan tsunami.. Apa yang merisaukan kita adalah kesan radiasi tersebut, iaitu pencemaran radioaktif.. Di Jepun sendiri, lebih 170,000 diarahkan berpindah dari kawasan timur laut itu..
- Pencemaran radioaktif ni sangat bahaya dan boleh menyebabkan kanser, kecacatan, kelahiran pra-matang dan lain lain lagi.. Setakat yang aku belajar kat sekolah dulu, inilah antara kesan kesan buruk.. Jadinya, aku pun sokong agar Malaysia bawa pulang rakyat/pelajar yang kini berada di Jepun..
- Memang menakutkan jikalau pencemaran radioaktif ini merebak ke negara kita.. Tapi menurut Profesor Datuk Dr. Proom, kesan radiasi hanya berlegar di sekitar loji terbabit memandangkan suhu di kawasan tersebut hanya dianggarkan 300 darjah celsius.. Hanya jika suhu melebihi 1000 darjah celsisus, kesan radiasi akan naik ke atmosfera dan mampu merebak ke negara kita.. Kalau tengok peta pun, jarak Malaysia dan Jepun jauh kan.. Harapnya tak sampailah..
- Agensi Nuklear Malaysia pula akan beri penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Jepun dalam tempoh terdekat dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air turut meminta orang ramai agar tidak menimbulkan spekulasi berhubung kejadian ini.. Kita tunggu jelah..
- Berhubung pembinaan loji elektrik nuklear kat negara kita plak, aku rasa kerajaan kena fikir elok elok lah.. Memang ade baiknya dan dalam masa yang sama ade jugak buruknya.. Ape ape pun, tempoh untuk menjalankan penyelidikan masih panjang..
p/s : Rajin rajinlah korang baca surat khabar untuk mengetahui perkembangan lanjut.. Ini hanya ulasan pendek dari aku je..
p/ss : Tahniah buat Lee Chong Wei yang berjaya menundukkan musuh tradisinya, Lin Dan dalam acara perseorangan lelaki All England 2011.. Semalam aku sempat jugak tengok final wanita beregu antara pasukan China dan Jepun.. Pemain China berjaya menumpaskan lawannya dengan mudah 21-2 dan 21-9.. Aku dapat rasakan yang pemain Jepun tak dapat nak fokus maybe sebab keadaan negara Jepun sekarang yang dilanda gempa bumi dan tsunami kot.. Tapi aku kagum sebab mereka layak ke pusingan akhir..
28 Komen Orang Bijak:
Teori player Jepun tu logik jugak tu. Patutlah macam pelik kalah teruk.
yeay...hidup chong wei!
my uncle masih duk sana sejak 6 tahun lepas (kawen ngan org sana).
harap2 dia berubah fikiran supaya cepat pulang ke Malaysia. radiasi sangat bahaya. boleh mengubah kita punya genetik, n anak2 mungkin cacat.
habis laa..kalau merepebak..teruk manusia nnt..
tanda2 tuhan dh bagi...=/
takotkan tengok bencana kat Jepun tu.. Macam2 bencana dah berlaku sekarang.. tanda2 akhir zaman dah ni..
Laaa.. malam tadi makan ubt batuk, tido awal, rugi tak dpt tengok muka lin dan kalah uhuhhu..
so far, keadaan still t'kawal lagi right..
member ofis ckp kesan nye leh smpai
ke mal dlm 25 thn akn dtg..
hrpnya hanya rekaan smata lah..
time tu dah tua
erkk..takutnyaaaa...ak xtau hal ni.nasib baik ko ckp tieah.semoga diaorang tak de papelah.:(
kentut aku juga selamat
Kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi kat Jepun tidak akan merebak ke Malaysia berdasarkan faktor jarak dan suhu di kawasan bencana.
Lagipun untuk merebak, suhu yang diperlukan adalah lebih 1,000 darjah celsius. Time tu barulah kesan radiasi akan naik ke atmosfera.
Lagi satu bukannya yang terjejas hanya lapisan luar nuklear.. lain aklau teras dalam, memang hancur terus loji tu.
Jepun ada cukup kepakaran dan teknologi..dont worry ler..
aku sokong kita guna nuklear..boleh buat bom sekali..mesti meriah kalau meletup time raya kan ^_^;
mmg bahaya betul radioaktif ni. boleh buat org mandul. especially lelaki. semoga Allah selamatkan muslimin muslimat di sana..:(
Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cara Dapat Side Income Dengan HeartBeat!
like
mcm² bencana kt jepun skrg..tp aku yakin dorg mampu atasi mslh tu mcm kcg putih je..sbb negara dorg sgt maju..sekejap je recover blk tu..insyaAllah..kita doakan =)
Patut lah rasa cam pening2, batuk dan selesema...mungkin sbb kesan radiasi nuklear tu kut. Arghhh...tidak11
hope xkan smpi ke cni uhu
kesian dekat dorang, hope semue nye akan berakhir dgn selamat..sama2lah kite doakan keselamatan dorang dekat sane..
takotnye kalo mende alah ni merebak kat negara kita! waa. tak moh!
salam
apezs pon rasa mcmtu juga.
mgkin sebab dia dok fikir
ttg negara dia kan.
anyway kejayaan beliau amat mengkagumkan..
pasal pembinaan yg bakal dibuat kat malaysia.. saya setuju harus di fikir2kan semula..
bahaye btol kalo kena radiasi ni..
sama2 lah kite mendoakan bnde2 yg terbaik untuk ngra kte & ngre lain..
alhamdulillah kat malaysia xde sebarang efek dr tsunami di jepun...
kalau x xdpt la cik tom blk dr pulau..huhu
bukan stadium xde gempa bumi pon boleh runtuh. ni kan plak buat loji nuklear. heh. lawak.
Kalau Malaysia jadi bina Loji Nuklear??
<a href="http://farid108.blogspot.com/>Minda Insan</a>
Dasat2 je kan apa yg berlaku kat Jepun.. Mintak dijauhkan segala bencana di negara kita ni :)
ngeriiiiiiii~~
Mek nak meli baju ya juak eh.. senang gi keja sikyah k kurong..
harap2 malaysia tak buat loji elektrik nuclear tu suatu hari nnti..kesian kat generasi baru dapat effect radiasi..huhu..
memang teruk..Jepun even dah maju,still kene bencana..
lihat entry abang 13,000 mayat di Jepun
Post a Comment