Wednesday, March 16, 2011

Malaysia Selamat Dan Jangan Percaya SMS Kesan Radiasi

Kebimbangan rakyat Malaysia tentang SMS yang diterima supaya tak keluar rumah dan sebagainya telah mendapat reaksi dari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.. Beliau memaklumkan bahawasanya Malaysia masih lagi selamat.. Diharapkan lepas ini, tak timbul lagi tentang kepercayaan bahawa Malaysia kena tempias itu dan ini.. Walaubagaimanapun, sekiranya Malaysia berdepan dengan masalah di Jepun lebih lebih lagi soal keselamatan rakyat, pasti kerajaan akan umumkan segera.. Buat masa ini, tiada sebarang bentuk ancaman dan kita masih boleh bergerak bebas dan janganlah nak ponteng kerja plak..


Larangan keluar rumah benar berlaku di Jepun dan pihak berkuasa kat sana memang dah keluarkan arahan kepada 140, 000 penduduk dalam jarak 30 kilometer dari loji nuklear tersebut.. Dan disebabkan itu, pelajar Malaysia bimbang terhadap keselamatan walaupun sekarang mereka semua dalam keadaan selamat.. *Sama sama kita doakan mereka :)

  • Sebahagian pelajar Sarawak semalam telah dihantar pulang semula ke Mesir bagi menyambung semula pengajian mereka dan semua kos penerbangan telah ditanggung oleh pihak kerajaan negeri.. Mereka turut menerima sumbangan duit poket sebanyak RM500.. *Nampak Asada dalam TV1 pagi tadi
  • Tahniah buat Azizulhasni Awang dan Nicol Ann David yang berjaya merangkul anugerah olahragawan dan olahragawati bagi tahun 2010..
  • Datuk Lee Chong Wei masih memerlukan khidmat Datuk Misbun sebagai jurulatih untuk beliau menghadapi kejohanan yang lebih besar.. Untuk makluman, Datuk Misbun telah meletak jawatan pada penghujung tahu lepas.. *Jaguh badminton negara dapat jam tangan dari isteri PM owh..
p/s Terima kasih nuffnang sebab aku baru perasan ade BE Maxis Nokia E7..

31 Komen Orang Bijak:

Anonymous said... Reply To This Comment

lum dapat lagi sms khabar angin ni..
psl dato lee chong wei pulak..arap2 dato misbun akan kembali melatih beliau.

manggosteen said... Reply To This Comment

harap2 LCW bley maintain sampe olimpik..jgn hangat2 taik ayam je..time nanti semua dok harap kat dia,time tu la dia kalah awal..dah byk kali aku tgk camtu..time org tak bg harapan baru mng..time org sume mengharap,kompom kalah...tak ley tahan pressure la ni..

saya_arief said... Reply To This Comment

syukur...semoga orang-orang kat jepun selamat semuanya.
:D

Cik Aien said... Reply To This Comment

eden balik keje, adik ckp
"iya, ecok xleh kuwar umah auw"

ghupanye pasl sms tu.. eden dh pkir, mcm ne nk g kerja?

hahaha!

shafiq ahmad said... Reply To This Comment

sedih betul bila orang yang tak tau pape pandai-pandai buat cerita itu cerita ini..sangat sedih and rasa nak sepak laju-laju je

hasz1410 said... Reply To This Comment

jgn percaya sangat... kita berhak ambil langkah berjaga2 sendiri.. jgn percaya bulat2... kalau sakit diri sendiri yang tanggung... tepuk dada tanya hati... :)

ztie said... Reply To This Comment

hahaha ngegeh nak dapat BE gik nya lok... hehehe.. beli e7 k kmk juak... and... eh... dapat juak ktk identiy asada dalam tv ya hehe

yanamib said... Reply To This Comment

sape la yg rajin karang sms pehtu forward²kan..ish ish ish =_=


aku xde BE br lg..huwaaaaa! T_T

yatie's EPISODE said... Reply To This Comment

hah! staff kat tmpat ak dpt mceh camtuh! dia bagitahu aku. takut aku tahu nak kuar opis pongg. T_T

Oasis said... Reply To This Comment

Macam2 berlaku kat dunia luar sekarang. Moralnya balik la ke Malaysia terutamanya yang bekerja di luar negara. Berkhidmadlah buat negara terchenta.

pizli.mw said... Reply To This Comment

BE tu apa ye?

Anim Azhari said... Reply To This Comment

harap2 kite semua berada dlm lindunganNYA kan..msg tu sumenye tipu je mls nk percaye hehe

yusuf said... Reply To This Comment

mmg tak caya tapi nk caya jgk....pening dh

Aida Azryn said... Reply To This Comment

skrg ni byk psl khabar angin kan?haish..

manggosteen said... Reply To This Comment

ahahhaha..kalau ko call dia terus dia tak ley main ..sbb dok layan ko je nanti..kekkeke

aLieF si Muncung ManiS said... Reply To This Comment

byk nye kerajaan negeri srwak bagi..lepas tok alief mom minta duit kat cdak utk beli tiket flight.huhu...

pizli.mw said... Reply To This Comment

ooh, ada jugak dapat buffered earning tu.. hehe.. tapi maximum 3 je la..

velasrizal said... Reply To This Comment

i dh lama xdpt BE ni huhu..jeles btol..

Keputusan Pemenang Anugerah Sukan Negara 2010. Olahragawan Kebangsaan : Azizulhasni Awang, Olahragawati Kebangsaan : Nicol David

ARJUNA.Inc said... Reply To This Comment

huhu..tu la pas..lom kua kt berita g kot..da de daa tau yg memandai kt fb pos sttus jgan kua umah n jgan kn ahjan..isk2..

zul said... Reply To This Comment

cantek blog. :)
smgt patriotik btol ek.
btw,Dato' Misbun patut kembali tok bantu Dato' Lee Chong Wei.

puteri ain said... Reply To This Comment

ada jugak yang nak forward msg2 mcm ni..sebaik xdapat..

HEROICzero said... Reply To This Comment

alaahi. org mesia. mentaliti x ubah2. sebar cerita bukan2 jek keje nye.

Abang Zam said... Reply To This Comment

eh..abang punya tak pop-up eh? tak tau lah..ok,trimas atas consideration anda..hoho

*leh bg tips cmna nak dapat BE? abang iklan apa pun tadak kt belog

Abang Zam said... Reply To This Comment

eh..mana komen abang? ilang dah?? uik

Unknown said... Reply To This Comment

petang ni jugak aku g maen bola

Unknown said... Reply To This Comment

petang ni jugak aku g maen bola

Kak Amy said... Reply To This Comment

Syukur alhamdulillah semoga semua yang berada di jepun selamat , x kira bangsa apa sekalipun.

Firdaus Kasim said... Reply To This Comment

sy pun x dpt lg msj lagipun jarak jepun dgn malaysia sangat jauh..

faiz said... Reply To This Comment

tuls..dpt gak sms..siap tulis suruh pkai jaket kalo hujan..

:: Mrs.SyahNia :: said... Reply To This Comment

sedey sgt tgk nasib diorg kat jpun
harap suma btmbah baik

Pria said... Reply To This Comment

aku dapat jugak mesej pasl radiasi ni .