Wednesday, March 02, 2011

Catatan #52 : Selamat Hari Lahir Mak


Ke hadapan Cik Ani ku, (Nama betul emak aku Masni ye)
Selamat Hari Lahir yang ke59. Semoga panjang umur dan sihat selalu. Anakmu ini memang seorang degil dan kadangkala sukar menerima nasihat dan leteranmu. Pernah suatu ketika dulu aku ingin lari dan kunci motosikal sudah aku ambil tapi dirimu cepat cepat meminta agar bapa menghalang niat aku. Fahamilah, sesungguhnya jauh disudut hati anakmu ini tetap menyayangi emaknya yang seorang. Anakmu ini ingat lagi tatkala dimarahi olehmu ketika di meja makan dan anakmu ini terus saja bangun dengan perasaan marah naik ke atas masuk bilik dan kunci. 24jam tak keluar dari bilik dan dirimu meminta bapa memujuk anakmu ini turun makan. Fahamilah, sesungguhnya jauh disudut hati anakmu ini tetap rindu akan emaknya yang seorang. Doakan anakmu ini agar sentiasa patuh kepada Allah selain kedua orang tuanya serta lembutkanlah hatinya agar tidak mudah merajuk membawa diri. Terima kasih emak kerana sentiasa mengerti karenah anak ke8 mu ini. Bukan niat anakmu ingin berkasar apatah lagi ingin menderhaka tetapi kadang kadang jiwa remaja ini ingin memberontak. Anakmu ini gagal bersuara tika marah dihadapan dirimu dan cara terbaik anakmu lakukan adalah meninggalkan dirimu buat seketika untuk menyejuk hati ini. Mohon ampun emak. Sabtu ini emak berehat ya, biar anak anak emak masak meraikan hari istimewa ini bersama sama.


Kekasih hatimu nombor 8,
Tieah Madian

22 Komen Orang Bijak:

Ujang9897 said... Reply To This Comment

=)
bagus kau ni

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

kirim salam kat mak ye..cakap menantu dia kirim salah hehehehe

matahati-aishahazhar said... Reply To This Comment

Selamat hari lahir untuk bonda adik.. semoga murah rezeki dan dipanjangkan umurnya.. amin..

pizli.mw said... Reply To This Comment

Happy Birthday Puan Masni hehehe..

BRO_MONDAY said... Reply To This Comment

miss dihatie : Selamat Ulangtahun Kelahiran untuk bonda yu...tahun 1952, kan? ma ai pulak tahun 1956...bonda yu lebih otai dari mai ai...

**lawak giler kisah 2 oram ibu tu cite pasal anak!!! koh koh koh**

p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1.New Entry "FUTSAL CPK One FC 1 Mac 2011"

Shaheizy Sam said... Reply To This Comment

ehem3~ wish hepi bufday bagi pihak saya kat mak awak ea~ kalau nak hadiah, meh tgk citer KONGSI~ saya bagi tiket freeeee~ HAHAHAHAHA :D

intan.maisarah said... Reply To This Comment

tak sempat tgk semalam cerita hani

ADLIL RAJIAH said... Reply To This Comment

terlupa lak nak tengok hani semalammmmM!!!!! ;(

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cara Dapat Side Income Dengan HeartBeat!

Unknown said... Reply To This Comment

^_^ happy birthday makcik..

btw, hp saye rosak T_T pape inbox je la yek. fb pun bole.

manggosteen said... Reply To This Comment

kem salam besday kat mak ko iyer..
ko wat mkn2 tu termasuk aku skali tak?
ahahhaa

nabilah_2908 said... Reply To This Comment

Selamat Hari Lahir Makcik..!! :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BLOG REVIEW_2

Kak Amy said... Reply To This Comment

selamat ulangtahun kelahiran buat bonda adik..

Unknown said... Reply To This Comment

selamat hari lahir utk mak awk ;)

yanamib said... Reply To This Comment

kim slm kt mak ko yeh..=)

ada lawak ibu² ghopenye..haha~

Unknown said... Reply To This Comment

wah.mak ko masih cun laaa..heee...lagipun nmpk sweet je ayh ngan mak ko uh..

tieah.ko ni bagusla.sweettttt dlm dia.hehehhe

Anim Azhari said... Reply To This Comment

hepy besday..~weee~ semoga di rahmatiNYA selalu

A.s.t.i.n.a said... Reply To This Comment

kahkah kah nyamann sa nya.. kenak juak.. nang pandei miak 6 bulan clubbing

niesz said... Reply To This Comment

happy besaday tuk mak tieah ek.. :)

merahitujambu said... Reply To This Comment

mak ko cantik kan..kan..*tgok ank laa..boleh???hahahaha

Ermizi Muhamad said... Reply To This Comment

selamat hari jadi makkk ! haha . dari bakal menantumu .

:: Mrs.SyahNia :: said... Reply To This Comment

hepy besday makk tieah..
rindu tros kat mak kita gak..hoho

iwan_dextrous said... Reply To This Comment

selamat ulangtahun mak..eh..makcik..hiihih